Friday, December 29, 2006

Ban's life 2006

Pejam celik pejam celik tahun 2006 pun dah sampai ke hujungnya.
Aku tak ada buat azam utk tahun 2006. Hujung 2005, aku cuma fikir begini : apa tahun pun yang datang kita buatlah yang terbaik utk diri kita. Dan alhamdulillah.. Walau tanpa azam yang gah2, aku rasa aku berjaya melalui 2006 dengan bergaya. hohoh..

Banyak pengalaman2 baru yang aku tempuh. Yang manis akan sentiasa dalam ingatan. Yang pahit jadikan pedoman. Ada perkara yang tak disangka berlaku, terjadi pada tahun ni. Umpamanya, dpt banyak assignments dan out stations, dpt pegi Umrah dengan famili, diperkenalkan dengan Dia (yang aku cuba elak2) dan sebelum tahun ni habis dah jadi tunang Dia. Aku rasa.. Allah Maha Mengetahui. Allah bagi aku apa yang aku boleh handle pada masa yang sesuai dan aku sangat bersyukur.

So, utk tahun 2007, seperti tahun2 yang sebelumnya, aku takde azam apa2. I'll leave it to God. Aku cuba buat yang terdaya dan terbaik, berdoa dan tawakal semoga semuanya akan baik2 belaka.

Selamat tinggal 2006. Selamat datang 2007.
Selamat Hari Raya AidilAdha
&
Selamat Tahun Baru.

9 Comments:

Blogger Pa'chik said...

hiks, ada sorang member, cukup tak suka digosip dengan satu awek ni, last² jadik bini dia. Sungguh, hanya tuhan yang tahu apa yg terbaik utk kita. Cuma kenkadang kita yang jadikan ia buruk.
Selamat Menyambut Aidil'adha & Tahun Baru 2007 ;D

6:53 PM  
Blogger lindosh said...

selamat hari raya n selamat tahun baru 2007

5:43 AM  
Blogger anne said...

Happy New Year! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaallah

10:59 AM  
Blogger 13may said...

selamat dan tahniah atas kegemilangan yg di capai pada 2006!

12:15 PM  
Anonymous naylah said...

tetiba terharu baca posting kau kali nih...

12:19 PM  
Blogger Suri Rahsia Abang said...

saja datang menjenguk. mana entry baru ek?

1:00 PM  
Blogger shahril aley said...

wah 2006 meninggalkan banyak kenangan kat ko. semoga 2007 akan menambahkan keceriaan yang berganda. selamat tahun baru 2007 & selamat tinggal 2006 ;)

8:55 PM  
Blogger zwitterion said...

ya, moga semuanya selamat

9:12 AM  
Blogger orochi said...

selamat tahun baru 2007

8:53 AM  

Post a Comment

<< Home