Friday, December 29, 2006

Ban's life 2006

Pejam celik pejam celik tahun 2006 pun dah sampai ke hujungnya.
Aku tak ada buat azam utk tahun 2006. Hujung 2005, aku cuma fikir begini : apa tahun pun yang datang kita buatlah yang terbaik utk diri kita. Dan alhamdulillah.. Walau tanpa azam yang gah2, aku rasa aku berjaya melalui 2006 dengan bergaya. hohoh..

Banyak pengalaman2 baru yang aku tempuh. Yang manis akan sentiasa dalam ingatan. Yang pahit jadikan pedoman. Ada perkara yang tak disangka berlaku, terjadi pada tahun ni. Umpamanya, dpt banyak assignments dan out stations, dpt pegi Umrah dengan famili, diperkenalkan dengan Dia (yang aku cuba elak2) dan sebelum tahun ni habis dah jadi tunang Dia. Aku rasa.. Allah Maha Mengetahui. Allah bagi aku apa yang aku boleh handle pada masa yang sesuai dan aku sangat bersyukur.

So, utk tahun 2007, seperti tahun2 yang sebelumnya, aku takde azam apa2. I'll leave it to God. Aku cuba buat yang terdaya dan terbaik, berdoa dan tawakal semoga semuanya akan baik2 belaka.

Selamat tinggal 2006. Selamat datang 2007.
Selamat Hari Raya AidilAdha
&
Selamat Tahun Baru.

Wednesday, December 13, 2006

Tawar

Kak Cafe : Lama tak datang
Aku: A'ah.

Hari itu aku pegi juga cafe dia. Yang membuat aku ambil keputusan utk tidak pergi lagi utk beberapa ketika.
Macam mana nak pegi kalau kau order Nescafe ais, yang kau dapat air tawar Nescafe ais. Sekali sedut muka kau pun kelat macam tertelan Nescafe 2 sudu. Susu tak ada rasa. Manis takde rasa. Harga tetaaaapp la RM1.

Banyak kali aku terasa nak masuk ke dapur dia time dia bancuh air nescafe aku. Nak amik sudu, rasa dulu then baru suh dia bungkus jika rasanya cukup "Kaw". Melampau bunyinya kan. But, hey.. i'm paying. Kalau rasa cam ais kosong, baik aku minum air kosong.

Andainya aku memiliki sebuah cafe, hmm...

Takpe la.. sekarang aku tak perlu pegi cafe dia lagi pun untuk minum pagi. Aku minum kat umah. Aku buat sendiri. Kopi Pearl Kacip Patimah lagiiiiii.....

Thursday, December 07, 2006

Hapdet

Orang biasa suh hapdet.
Bukan aku taknak hapdet.
Tapi kebizian menghambat.
Dah 1 week server sini ' ting tong' semacam.
Jawab komen pada entri lepas pun hilang, penat aku type..buat lawak antarabangsa, kampung, pekan sume.
Pulak tu, hari ni aku dpt 2 keje baru.

Aku bukan orang Penang, tapi kena urus pasukan boria untuk pertandingan.
Aku bukan cheer-leader punya type, tapi disuh jadi pengurus pasukan sorak.
Aku nak cuti, tapi dah tak boleh menyelit kat mana2 hari pun.
Aku nak balik KL, tapi aku tak boleh cuti.
Aku banyak keje, tapi aku banyak meeting.
Aku kena stay back, tapi menjelang petang aku dah boring.
Aku pening. Aku tensi.
Aku belum siapkan BENDA itu lagi.

Sekian.