Tuesday, October 17, 2006

Dendang perantau

Aidilfitri bakal datang lagi. Kalau dulu, zaman budak2, selepas 20 hari puasa adalah masa yang dinanti2kan. Cerita-cerita tentang malam tujuh likur jadi hidangan masa lepak dengan kawan2 dibawah pokok jambu atau dipangkin laman rumah. Kisah tentang malaikat turun, pokok - pokok sujud ke bumi, cengkerik dan burung hantu akan berhenti berbunyi, malam yang sunyi dan nyaman, malam pintu segala rahmat dibuka. Pada zaman itu, untuk membuat ibadah dimalamnya tidaklah diambil berat sangat oleh kami. Kami cuma mahu menunggu untuk melihat bagaimana pokok sujud kebumi dengan sendiri. Ah..kanak2 dan fantasi.

" Kau nak mintak apa kalau kau jumpa malam Lailatulqadar?"
"Aku nak mintak duit banyak2 dan mintak jadi pandai sepandai - pandainya la.."
"Kalau aku..hmm..aku nak mintak mercun das, mercun roket, mercun katak"
HAHAHHAHA...

Rumah kami yang 3 sederet itu kebetulan ada geng sebaya, sepasang serumah, aku & abang aku, jiran aku Liza & abgnya Din (lepas dia pindah ganti pula dengan Ija & Nuar), dan sorang lagi Nani & Joe. Geng ni la yang akan cari kayu buat pancang, beli pelita dan minyak tanah. Geng ini juga lah yang akan check kedai Cina mana yang ada jual bunga api dan mercun. Tiba malam..rumah 3 sederet itu meriah dengan pelita minyak tanah menghiasi laman. Lepas maghrib kami berkumpul, berborak, main bunga api, mercun, polis sentri, dan kejar2 . Malam tujuh likur yang terang benderang memang umpama syurga loka milik kami.Takde sapa nak marah, tentunya keadaan itu lebih baik dari hari2 biasa yang selalunya disulami dengan sergahan dan jeritan: "oiii budak2, balik dah senja", "laaa tak turun2 lagi dari pokok jambu tu, balik makan tengahari", "ni dari pagi tak ingat mandi, masuk bilik air skang!"

Perancangan geng kami memang padu, tiga hari sebelum raya kami akan buat sesi kembara cari ranting untuk dicacak dalam pasu bunga. Di ranting itu nanti kami akan gantung kad-kad raya yang diterima. Kad2 tu ditebuk dengan jarum dan diikat dengan benang dan dihias pada ranting. Sekali lagi rumah 3 sederet itu akan meriah dengan hasil kerja tangan budak2 geng ber-enam. Plan untuk beraya rumah sapa dulu, kampung mana, pada hari raya pertama hingga ke 3 siap digubal. Duit raya 10 sen atau 20 sen pun terasa besar masa tu, dan kami beraya sambil makan dan beramah mesra dengan org tua, tak macam budak2 sekarang ni, nak duit and balik aje.

Menjelang remaja, masing2 telah membawa haluan sendiri. Bersekolah di sekolah2 asrama, perpindahan duduk dengan keluarga di KL telah memisahkan kami. Meningkat remaja juga menimbulkan rasa segan silu untuk berkelakuan seperti dulu. Waktu itu, bila aku balik untuk beraya, laman sudah sepi. Cuma pelita masih terpasang, kerana agaknya abang aku masih dibuai kenangan. Tiada lagi bunga api untuk dimainkan, cuma kedengaran suara mercun dikejauhan menambahkan rasa rindu pada masa lalu.

Waktu telah berganti, kalau dulu aku berlari - larian dihalaman, kini aktiviti pasang langsir atau tolong buat biskut pula mengambil alih. Sekarang, hari raya hadir bersama kenangan manis dulu tergambar diruang mata, keseronokan zaman kanak2 yang tak dapat dilupa, zaman alam fantasi yang telah jauh ditinggalkan. Ya, kita harus akur dengan kedewasaan. Kedewasaan dan pengertian. Ketibaan Aidilfitri kini masih dinantikan, kemeriahannya tetap dirasakan, cuma membawa makna yang berbeza dalam suasana yang berlainan...

12 Comments:

Blogger orochi said...

oh.. terkenang zaman kanak-kanak yang indah punya citer la ni..

10:11 AM  
Blogger zwitterion said...

masa merubah segalanya..

10:17 AM  
Blogger 13may said...

hehhe....tersenyum aku membaca...
sekiranya dapat kembali semula ke zaman itu:)

10:39 AM  
Blogger Orang Biasa said...

sonotnye..sonotnye!

raya semestinya saat yg paling best utk budak2. aku paling suka bile ko citer pasai gantung kad raya kat ranting tu. dulu penah buat tapi harini baru teringat balik..ahaks!

11:58 AM  
Anonymous MJ said...

seronot nyerrr.. kalau dulu hok ambo paling suka dan seronok skali bab duit raya...

TAPI.. sekarang.. bab duit raya gak.. tapi kureng seronok sebab ambo hok kena kuar duit bagi kat anak2 sedara mara ku yg berderet bab gerabak keretepi tu... hehehehe.. tapi syok gak bila dia org baik2 ngan ambo.. siap cium2 pipi ambo hok gebu ini.. ahaks.. semata2 nak duit raya.. seronotttt kena cium.. ekekekeke
p.s : ambo nak cium sapo eh.. nak duit raya gakkkkkk .. ;-)

1:04 PM  
Blogger Naylah said...

tersenyum sendirian ....

1:08 PM  
Blogger shahril aley said...

dulu2 best bile dapat kumpul duit raya tp sekarang arghhh.... aku kena keluar duit raya bagi anak orang plak(dalam hati memang ikhlas)...pasal tu selalu jalan ke sana ke mari. Dulu balik kampung best pasal atok slalu masak lemang biasa & jagung & buat rendang dengan sembelih ayam kampung. Best tak terkata...sekarang tiada lagi kenangan itu semua

4:59 PM  
Blogger kemat said...

memang selalunya kanak2 lah insan paling gembira di hari raya..

12:07 AM  
Blogger LiNaLaNi said...

cewah cewah minah ni ..begitu sentimental sekali...semua raya ni lebih bermakna rad! ..eh lupa lak...maaf zahir batin..zero-zero naaaa

4:27 PM  
Blogger blackpurple said...

Nostalgia...nostalgia.... memang indah...



Apa-apapun slmt eid ul fitr utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin kalau ada keterlanjuran kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging ekk......

2:07 PM  
Blogger Titicaca said...

aah..betul..miss sgt zaman kanak2 ribena..pegi berjalan cari duit raya yg paling best..berpeluh2..balik umah masam je bau sesorang..hehehe

Selamat Hari Raya!!
Maaf zahir dan Batin

6:04 AM  
Blogger anne said...

sungguh melankolik;-) Selamat Hari Raya Sleeps....

8:33 AM  

Post a Comment

<< Home