Thursday, September 28, 2006

Naik meluat

Sempena kenaikan harga barang terkawal (kononnya), aku rasa menu juadah hari raya, rumah terbuka dan sewaktu dengannya pada Hari Raya Aidilfitri 1427H Oktober ini adalah seperti berikut:

- Tiada menu masakan ayam. Jadi jangan tanya pasal rendang ayam, kari ayam, ayam masak merah, ayam goreng rempah daun kari etc. Sebab, HARGA AYAM NAIK 40 SEN lagi dari 65sen dalam masa seminggu ye Kak Jah. Tak yah tunggu ayam bertelur sebiji, ni mmg sahih riuh senegeri nih, dah RM6.05 sekilo dah nih. Sape nak kenduri lepas2 raya nih sure saspen aje tengok harga ayam naik. Kalau yg naik tu harga saham takpe la jugak kan.

- Tiada taugeh sebagai rencah tambahan dalam mee sup, soto, lontong, mee hun goreng dan lain2 kerana HARGA TAUGEH pun dah naik 10 sen ye Kak Kiah. Hari ni baru di Penang, esok lusa tatau bape sen pulak di tempat2 lain. Mai la kita pakat2 tanam biji kacang ijau kalau suke makan taugeh.

- Tiada cili merah sebagai hiasan dan perasa pedas tambahan dalam menu2 seperti mee goreng mamak, mee kari, laksa dan lain2 sebab HARGA CILI MERAH pun naik daaa. Kalau nak cili mulut orang gunakan lah cili api ye Kak Nah. Tapi bulan posa ni..maafkan je la, tak sempatkan..mana nak shopping lagi, nak buat kuih lagi kan..

- Minuman - air suam/ air kosong ais SEBAB MENTERI PUN BERCANGGAH PENDAPAT pulak dah Kak Yah, sorang kata pengeluaran gula banyak bertan2, sorang kata kurang plak. Tatau la bape lama lagi bekalan akan pulih seperti dulu. Dah senyap hal batang pokok kuar muka yg penuh misteri, ni ade misteri kehilangan gula plak di M'sia ni kan... ish ish...

Tuesday, September 26, 2006

Sedang ingin bercinta


F: I think I’m on cloud 9.
M: Oh I think I’m on cloud 7.

F: why just 7?
M: maybe coz of our distance, we don’t meet.

F: ok, tht’s the difference between male and female, i think. female can nurture the emotion, male needs to have one’s presence.
M: hmm.. whats after cloud 9?

F: I don’t know. I’ll wait for u to come up here and then we can go find out about it together ;)

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan al Mubarak

Menjelang pukul 7 hari Sabtu lepas, bertalu2 sms masuk mengucapkan selamat berpuasa. Terima kasihlah diatas ingatan.

Yang aku perasan sejak menghantar sms menjadi satu gaya dan kemudahan hidup, kita semakin menjadi thoughtful. Kita juga menjadi semakin kreatif kerana mengungkapkan pelbagai jenis ucapan, dari hadis, kata2 hikmah, pantun dan gurauan. Baiknya kerana bukan saja kita menunjukkan bahawa kita mengingati sahabat handai kita lalu hantar sms pada dia, kita juga ingat pada occassion atau kejadian sesuatu perkara tu dan hantar sms utk memperingatinya.

Ramadhan datang lagi dengan berkatnya yang tersendiri. . . Satu sms mencuti hati diterima: "kalau terasa nak buat jahat dalam bulan puasa ni tanya lah Iman, tentu Iman kata tak boleh; jangan tanya Aiman, nanti dia kata Aiman tak kisah".. ..
Selamat Berpuasa Ramadhan Al Mubarak.

Thursday, September 21, 2006

Tak sanggup naik teksi bila..

1) Teksi busuk
Malang nasib, 2 kali dpt teksi yg sama di JB. Bau peluh Pakcik Gigil terasa melekat diseluruh interior keta, menusuk idung. Kami namakan dia Pakcik Gigil sebab tangan dia menggigil bawak teksi. Saspen sambil tahan napas, perjalanan terasa jauh ya amat.
Y keluarkan Tiger balm dari henbag, aku tumpang secalit dua. Adoiiii...seksanya.

2) Teksi lawa yg busuk
Nampak je teksi yg kami booking tu dtg, hati berbunga2 sebab jenis Waja, baru, kaler merah. Masuk pula disapa dengan suara lembut 'Assalamualaikum'. Oh.. kakak rupanya. Tapi bila duduk aje, tak boleh nak bernyawa rasanya sebab bau peluh @ bau badan menusuk. Aku pandang keluar sambil tangan letak kat hidung, cuba2 mencari kalau masih ade saki baki bau perfume. Y keluarkan gula2. Aku amik satu. Sampai destinasi, keluar dari keta " aku rasa nak suggest kat akak tu suh invest sket, beli pewangi keta if takleh beli perfume". Y gelak giler sampai terduduk depan Angsana. Rupanya dia pun tahan napas, cover line dgn gula2.

3) Pemandu terlebih ramah
Breakfast di hotel memang meriah & boleh buat mengah. Bila kau masuk cab, the last thing u wanna do when u r feeling like ular sawa kenyang adalah utk diajak berbual secara marathon oleh pakcik drebar teksi. Maybe pakcik baru pekena kopi Power Root Tongkat Ali yang memberi tenaga ke, or dengar Best 104 yang begitu menceriakan pagi ke, tapi tolong lah pakcik oi... "dari mana" = jawapan "datang naik ape" =jawapan "bape hari kat sini" = jawapan "ada ape kat sini" =jawapan "oo saya pun.."= hmm. And on and on and on.. = hmm, oo, ye, oo, ok. Grrr...

4) Pemandu gatal
By hari ke 3 dah cuak aje nak naik teksi. And then, there he was.. making passing remarks to his friend yg pandu teksi lain thru cab-tele didash board. "Ni haa.. aku nak antar 2 kedondong ni balik Hyatt". (Sejak bila girls di gelar "kedondong". Dan aku tak terpikir ape kaitan buah kedondong & pempuan?? )
"kirim salam kat kedondong tu yea" .. "kalau roboh kota melaka, papan dijawa abang bawakan......" bla bla bla. Dan aku bersyukur perjalanan malam tu dekat aje.

Wednesday, September 20, 2006

Strawberry coklat


Antara aktiviti lagha kat JB ialah makan strawberry coklat atas katil. :D
Harus membuat aktiviti ni sesudah puas mengomel pasal kerja yg dibuat, penat bershopping, mandi berendam air panas dalam bath tub, dan sambil2 tgk tv baru lah keluarkan strawberry dan coklat Nutella, letakkan atas paper lama diatas katil. Ambil cawan hotel, basuh beberapa buah strawberry sesedap tekak, kemudian mulakan lah aktiviti makan2 sambil fenfeeling ala-ala Siti Nurhaliza.
Hiks!


Y mencicah strawberrynye yang pertama dengan jayanya. Ooo la la.


Yum Yum.. best tau. Kami makan dan makan hingga lewat malam.
Natijahnye - esok dua2 overslept.. lambat ke U*M. Mujur tak kena punch card, fuh.. selamat....
:D

Sunday, September 17, 2006

Terbang ke selatan

Ada attachment di U*M selama seminggu, so aku fly ke JB 10/9 aritu dengan Y. Flight delay 1 jam.. Mujurlah pemergian kali ni dgn Y yang memang 'hingak' (kata org Penang 'bising') punya geng, so tak lah boring sangat. Sampai KLIA kena jalan laju2 dan berlari2 ke gate A19 sebab flight dah menunggu. Ish!
Sampai JB kul 3.15pm. Rasa lega lepas check-in di Hyatt. Biliknya menarikkk, toilet pun cantikkkk, dapat pulak seaview. Hmm...


Sebab kami dok JB, kena la amik cab berulang alik ke U*M tu pagi petang, macam2 la perangai taxi driver yg kami jumpe. Hari pertama, seorang senior telah bawak kami lunch di Tmn. Skudai Jaya. Memang sejak datang, aku rasa makanan kat sini sedap2 belaka lah.


Inilah buktinya. Sikit lagi nak clear pinggan tu. Sebab apa nak tau?

Sebab... briyani lapis power namanya. Ayam ditimbun ngn nasi. Haaa.. tatau la kenapa satu briyani lapis aje namanya dan satu lagi briyani lapis power, tapi aku rasa yg aku makan tu ada power punya sbb mmg sedap sungguhla.


Tak sah la if dah abis keje tak kuar jalan2 kan. So destinasi pertama adalah ke Danga Bay. I like this place..


Sempat naik tram round2 sekitar Danga Bay. Sambil2 shopping lite2.


Ada cruise tau. Plan nak naik. Tapi dia kata Fri, Sat and Sun aje. So kena tunggu Fri la.. Punya la tak sabar.


Malam berakhir dengan dinner romantik with Y sambil diulit angin laut Selat Tebrau dan lagu2 evergreen dari cafe Titicaca.

Wish u r here. *sapa tatau*

Wednesday, September 06, 2006

Hutang

Bende yang dipinjam memang bukan milik kita. Itulah hakikat. Realiti memang pahit untuk ditelan jika kita berhutang. Ataupun jika kita sengaja tak mahu bayar hutang. Tiap kali diperingat perasaan jadi kelat. Jika diambil tindakan dengan cara yang memberatkan, kita rasa terkilan. Tapi dah memang kita berhutang. dengan ape cara pun harus lah dilangsaikan. Jangan buat2 tak tahu pulak. Cadangan suruh bayar dengan KWSP dah ditolak. Jadi, bila diberi kelonggaran dengan bayaran serendah RM20 sebulan, cubalah langsaikan. Ingat - ingatlah orang lain pun sama. Dah lupa susah time blaja dulu agaknya?

Monday, September 04, 2006

Rindu ini kadang-kadang tak ada logika

Hehe.. aku baru balik dari kg arini. Best walau tak kemana2. Tak ke KL pun, walau sepatutnya kejar megasale yang hampir sampai ke penghujung. Tak heran. tak heran.
Akhirnya, rindu @ mengidam ini terlampias. Petang hari Merdeka yang aman, Makcik berbisik kat telinga. "ada kat belakang, nak tak?" Aku yang berpuasa pada hari tu, jadi segar bugar seluruh badan. "ehh nak la..petang ni boleh buat utk berbuka". Makcik aku sengih. Terus dia kebelakang amik mana yang masak. Kakak buang kulit dan lecek dalam mangkuk, dicampur tepung, garam dan gula. Keje aku menggorengnya la. Comel2, bulat2, itam2 tapi tak hangus, just the way i like it. Satu round, dua, tiga, empat. Ok siap.
Azan berkumandang, asap teh O berlingkar. Air liur dah kecur dalam mulut. Baca doa lebih kurang, tangan laju mencapai cekodok pisang yang dah lama aku idamkan. Tak ada yang lebih nikmat lagi. Letak cheese cake pun boleh tak laku la time tu.. tak laku tak laku...., wa cakap lu.