Wednesday, August 30, 2006

Normal

Gile keje skang ni. suka suka suka sangat bila bz. Satu lagi yg best now adalah tennis, ..paling paling paling best.

Rasa ringan, rasa lega, rasa bersemangat waja. Walau ade bende2 yg berlaku, masih jugak nangis tak pasal2, but life is beautiful. Mungkin sebab ini bulan sambut Merdeka (haha). Jiwa pun inginkan kemerdekaannya dari beban2 yang tidak perlu. Cuma kadang2 kalah dengan rindu. Ya, rindu masih menjajah aku.

Selamat bercuti!

Monday, August 28, 2006

Nasi goreng Ajinomoto

Di pasar malam pada satu petang. Sedang menemankan seorang kawan membeli nasi lemak. Sambil tu aku perhatikan abang digerai sebelah yg sedang mula menggoreng cili boh dalam kuali sederhana besar atas dapur. Abang tu amik garam menggunakan sudu kecil dan dimasukkan kedalam sudip yang dipegangnya. Aku suka tengok orang lelaki masak. Lebih2 lagi dikedai tomyam yang rata2 tukang masaknya adalah lelaki. Kagum. Terer sungguh, sedap lak tu. Selalu aku wonder bila masa dorang blaja masak and kalau boleh aku nak belajar resepinya. So, bila abang gerai mula ambil garam dari bekas depan dia, aku pun ikut sama mengira berapa sudu garam diperlukan untuk menggoreng ape2 yg dia akan goreng tu.

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8.
Oooo 8 sudu kecik garam. Ok.

Lepas tu abang tu amik pulak gula dengan sudu yang sama dan masukkan dalam sudip yg sama. Aku pun kira jugak.
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8. Ooo 8 sudu kecik gula. Ok.

Then, abang tu mencedok satu bekas lagi bahan yang berwarna putih. Aku konfius sekejap. Selain garam dan gula, ape lagi yg sama bentuk macam garam dengan gula yang perlu ditambah dalam masakan?? Lama jugak aku renung bende tu to figure out ia adalah serbuk perasa Ajinomoto.

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12. Oooooooo 12 sudu kecik Ajinomoto.
Hmmmm...

"Nak masak ape bang?" aku tanya.
"Nak buat nasi goreng" katanya sambil sengih.
"Ooo..."

Aku yang masak tak guna serbuk perasa ni, ternganga sekejap tengok 12 sudu tu dimasukkan dalam kuali yang mula hangat. Nasi goreng tu nanti mungkin sedap, tapi bagi aku kesedapannya tak ori. Silap2 rambut pun bleh luruh nanti..

Wednesday, August 23, 2006

PT* oh PT*

Bulan 8 bulan kemerdekaan. Bulan CT Nurhaliza melangsungkan perkahwinan. Bulan dimana negara bakal digegarkan dengan rock konsert Malindo. Bulan kontroversi, "i sound stupid when i speak in malay.." Bla bla bla.. Tapi bagi kami yg kena ambik exam PT*, bulan 8 adalah bulan jiwa tertekan, kerana?? PT* datang lagi. Arghh...

Penulis dalam keadaan caffeine-overdose sempat menemubual beberapa rakan seperjuangan yg bakal mengambil exam tersebut pada esok hari. Kita ikuti temubual berikut yang berjaya mencungkil luahan hati dan rasa bengang mereka berdasarkan topik berikut: "PT* perlu dimansuhkan kerana.."

"memberi tekanan, stress yang tidak perlu kepada pegawai yang telah buat keje mereka dengan baik. lagipun naik gaji RM80 je wei.. tak berbaloi. lagipun tgk contoh org yg dpt tahap 4 tu, masih jugak dtg lambat dan MIA selalu." ulas Miss A selamba dari Bilik Gelap sambil membentang permaidani dan bersila dengan nota2 PT* berselerak disekelilingnya.

"boleh la baca bende lain" ujar Mr. A sambil sibuk2 tutup suis letrik disekitarnya kerana heboh ditingkat berkenaan bau hangit. penulis bagaimanapun tidak sempat bertanya apekah 'bende' lain itu.

"mengguno ke kuota utk luluh, buke keupayaan individu.bestnye kalu dihapus ke, tapi musti kena tukar sistem hok lain pulok deh, kalu dulu SSM - sistem sara'e mahathi*, lo nih SSA la pulok - sistem sara'e abe loh". cadang sorang sahabat dipantai timur menerusi YM. Penulis tidak mampu bertanya lanjut kerana telah gelak guling2.

"mengurangkan produktiviti. bayangkan berapa banyak pegawai tak buat keje arini, sebab spend masa last minute mentelaah nota2 PT*. bentang tikar dlm pejabat, tak keluar makan dan sebagainya. ini secara tidak langsung memberi satu jenis penyakit anxiety disorder dikalangan staf." celoteh Pn. H dengan penuh semangat frust kerana kena baca buku dan melupakan seketika program shopping2 M'sia sempena Karnival Mega sale.

"sebab apa.. sebab apa. yeaa.. sebab ade panel yg dilantik jadi pemeriksa kertas jawapan. tapi di IPTA takde panel, jadi ketua2 bahagian yang check, kalau u bukan calon yg disukai, dia boleh tak bagi u lulus lah. lagi satu faktor umur, kami yg dah kerja 10 atau 20 thn ni, dah keje dgn excellent tapi dikira fail bila tak lulus PT*, kira tak pandai la, kalah la dengan budak2 muda. Hmm.. Eh... ni sape ni? sape nih? " tiba2 Pn. S tersedar walaupun dia telah berapi2 memberi hujah2, dia tatau sape yg tepon dia tanye soklan nih.

Aku pun tension nak amik exam sok nih. Bak kata pepatah, ingat la masih sihat sebelum tiba masa sakit, ingatlah masa lapang sebelum tiba masa exam.. skang ni la aku rasa nak tengok HBO dengan aman damai, nak gi tgk wayang, nak tgk tv (selalu tak tgk pun tapi makin nak exam makin nak tengok tv..arghh), nak lepak2 aje, nak tido (selalu takleh tido awal, tapi bila nak kena baca nota2 ni mata asik ngantuk aje), Ishhhh!

Monday, August 21, 2006

Selamat pengantin baru CT

Aku menulis bukan kerna nama, tapi aku updet kerana Siti Nurhaliza. Hiks!
Aku bukan lah peminat fanatik CT, tapi aku teruja juga dengan majlis pernikahan dia hari ni. Ye lah.. CT babe, CT Nurhaliza. Bukan selalu dpt tengok satu M'sia jadi kecoh kerana ade orang kawin, Wedding of the Year lak tu. Sponsored, live telecast, newspaper headlines, bla bla..
Akhirnya sampai juga jodoh CT. Dari semlm, makin rancak iklan2 dan citer2 di tv tentang majlis kawin dia tu. Tak cukup dalam Melodi, sambung pula di Nona dan malam tadi Sampaikan di TV3. Bayangkan, Sampaikan tu cuma masa Hari Raya je ada tau. Tapi tup2 masa CT kawin, ade la pulak Sampaikan. Fuhh.. Ade sape2 yg buang duit sms?? hehehe.. Aku belum terjebak lagi dlm penyakit antar2 sms ucap selamat ni.

Hari ni 21/8. Dengar kabar nye ramai staf yang cuti.Yg dah berpenat lelah sibukkan konvokesyen last week, cuti sekolah pun dah start, ape lagi..oh ye Isra' Mi'raj hari ni.. ( yeaa right..) . Ada juga yg tersilap fakta nak bagi alasan untuk cuti. Heheh..tapi aku rasa, ramai yg nak catch live majlis nikah dia from Masjid Jln Duta tu kul 10.30am di TV3 sebenarnye. Dan jgn heran, kalau pukul 10 ni nanti staf berduyun2 kuar.. balik umah time minum pagi utk tengok siaran langsung tu di kaca tv. Ni kira lebih kurang, cam nak tengok Final World Cup la fenomena nya.
Ha.... nak kata ape lagi? Tak hebat ke CT tu?

hahahah.. saje kasi perangat!

Monday, August 14, 2006

Alasan

Network slow diserang virus. Nak buka satu page, macam nak tunggu setahun. Aku malas update. Keje pun banyak. Perasaan terhenyak. In the end, baik buat keje. Lagipun 'bloginson syndrome' aku tu dah berkurang nampaknye.