Thursday, July 20, 2006

Sayang Sarawak



Sayang Sarawak sungainya sempit
tebingnya tumbuh pohon melati
hendak kubawa perahu ku sempit
hendak ku tinggal tak sampai hati

Aku pegi Sarawak 2/7 yg lalu atas urusan keje. Mmg dah lama aku nak kesana, nak menjejak kasih kawan2 lama.



Pemandangan dari bilik hotel Holiday Inn.



Ada boat ride kat sungai Sarawak tu, tapi aku tak sempat nak naik. Masa tidak mengizinkan. Hmm harus la pegi lagi kan..



Patung kucing tu mmg glamer. Tak sah agaknye sape2 yg dtg Kuching tak amik gambar kat situ. Aku pun sama ngn Mcja. Dah memalam pun nak pose2 lagik. Tapi gambar tak cun la plak.



Kawan2 lama bawak gi dinner. Merasa makan mee kolok. Hmm not bad. Laksa Sarawak tak sempat nak rasa.



Grand btul Library UNIMAS. Hmm kalau la tempat keje aku camnih... harus aku jadikan opisku syurgaku.



Tersenyum riang membawa barang untuk pulang ke Pulau Pinang. Dalam hati berfikir panjang, mati lah aku dah abis wang. Bila shopping mmg tak ingat, terubok masin, tikar sarawak semua aku sebat, untuk org2 yg dikasihi, tiada peluang mereka kesini. Tak apelah sesekali, walau dalam hati menjerit kini, gaji oh gaji cepat la dapat, makcik menunggu selagi larat, duit tinggal hanya sekerat. Patah sayap bertongkat paruh, makcik tersenyum tidak mengeluh.

Tuesday, July 18, 2006

Nyanyi sunyi, Buah rindu

Emceeing for Bicara karyawan. Tajuk bukunye Mysticism and Poetry : a hermeneutical readings of the poetry of Amir Hamzah dibicarakan oleh Prof Md Salleh Yaapar.
Baru kenal siapa Amir Hamzah. Kisah hidupnya menyedihkankan.. kisah cintanya mengharukan, keturunan diraja Langkat yang akhirnya mati dipancung kerana disangka menderhaka kepada pemerintah Indo dizaman revolusi. Sajak2 dia penuh jiwa. Mungkin ada yang kita pun tak paham, tapi masih aku katakan sebagai penuh jiwa. Puteri kata dia la ketua frust sedunia. Pun aku setuju juga.

Antara buku2 kompilasi sajak beliau adalah Nyanyi sunyi dan juga Buah rindu.
Boleh baca yg lain2 di: http://nyanyisunyi5u.com / http://buahrindu.tripod.com

PADAMU JUA

Habis kikis
segala cintaku hilang terbang
pulang kembali aku padamu
seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap
pelita jendela di malam gelap
melambai pulang perlahan
sabar, setia selalu.

Satu kekasihku
aku manusia
rindu rasa
rindu rupa.

Di mana engkau
rupa tiada
suara sayup
hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
engkau ganas
mangsa aku dalam cakarmu
bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
sayang berulang padamu jua
engkau pelik menarik ingin
serupa dara di balik tirai

Kasihmu sunyi
menunggu seorang diri
lalu waktu - bukan giliranku
mata hari - bukan kawanku...

- Amir Hamzah -

HANYUT AKU

Hanyut aku, kekasihku!
Hanyut aku!
ulurkan tanganmu, tolong aku.
sunyinya sekelilingku !
tiada suara kasihan, tiada angin mendingin hati,
tiada air menolak ngelak.
Dahagakan kasihmu, hauskan bisikmu, mati aku
sebabkan diammu.
Langit menyerkap, air berlepas tangan, aku tenggelam

Tenggelam dalam malam,
air di atas menindih keras
bumi di bawah menolak ke atas
mati aku, kekasihku, mati aku !

- Amir Hamzah -

SENYUM HATIKU , SENYUM

Senyum hatiku, senyum
gelak hatiku, gelak
dukamu tuan, aduhai kulum
walaupun hatimu, rasakan retak.

Benar mawar kembang
melur mengirai kelopak
anak dara duduk berdendang
tetapi engkau, aduhai fakir, dikenang orang
sekalipun tidak.

Kuketahui, terkukursulang menyulang
murai berkicau melagukan cinta
tetapi engkau aduhai dagang
umpamakan pungguk merayukan purnama.

Sungguh matahari dirangkum segara
purnama raya di lingkung bintang
tetapi engkau, aduhai kelana
siapa mengusap hatimu bimbang?

Diam hatiku , diam
cubakan ria, hatiku ria
sedih tuan, cubalah pendam
umpama disekam, api menyala.

-Amir Hamzah-

Monday, July 17, 2006

Aku suka laut

Last Sunday, drove round island ngn member2. Boring la kaedahnya kan sebab frust cinema full house, tak dapat tengok Pirates of the Carribean. Singgah di pantai Pulau Betong, di Balik Pulau. Pantai ni banyak meragut nyawa org masa Tsunami last 2 years. Ombak dia besar sebab mengadap laut lepas.


Nak mandi pun boleh, if not duduk2 saje pun ok. Tepi laut ni ade kem BTN. April last year attended kursus disitu, masih dpt tengok tembok2 batunye yg roboh kena ombak ganas tsunami.


Boys yang perasan org tgk depa mandi pakai seluar kecik. :P



Cantik kan? i can sit here forever...



Blissfull Sunday are made of this..



Footprints on the sands.



Anis went to find solace somewhere along the beach.



And i wish i could be them again..

Thursday, July 13, 2006

Lovers revisited



Emceeing for Bicara karyawan today. The writer, Mr Robert Raymer discussed his book: Lovers and Strangers Revisited. Its a compilation of short stories, from his experiences and observations while being here in M'sia. U'll find it hard to guess which is factuals or fictions coz he said, he might just add a lil bit of details here and there to suit the mood or the scene. I think it really builds up the characters and the stories in the book.
He said he used the words revisited coz he wanted to mention abt having 2nd chance in life, about making choices, which people do as they face the situation. The book discussion went well, we enjoyed it very much.

Just that, along the way, many times, tears welled up in my eyes thinking about being revisited, having second chances and making choices. Hmm..

Wednesday, July 12, 2006

Angin menderu







Semalam hujan lebat dan angin ribut disini. Sudahnya pokok jejawi yg dikatakan berumur 30 tahun tu tumbang atas kereta2 staf dan pelanggan bank kat tempat aku keje. Mujur takde kecederaan. Tapi rasa kesian sangat bila dengar kata dorang tak boleh claim insuran. Hmm..

***

Angin menderu dahan jatuh

menimpa batu

guguran

hatiku rindu orang jauh

tak luput dari kenangan

sayang disayang...

Monday, July 10, 2006

Piala Dunia vs piala cinta (kata depa)

Piala dunia: Sah Italy menang.

Piala cinta: tatau sape menang. drama start semalam. tatau berapa episod.
depa kata macam mana.
aktress kata tatau, 'to be continued" dengan maksud tengok la nanti lain kali aje kita ckp tentangnya.
depa hooray dengar 'to be continued'. seronok. nampak sesuatu yang positif.
aktress kata tengok la, kadang2 pengarah tukar cerita or kering idea, drama putus ditengah jalan. kadang2 pengarah ok, aktress tak berminat nak teruskan lakonan. . or aktor ada komitmen lain? aktress mimpi aktor ade girlfriend lain. hmm.. siap boleh mimpi.
depa kata jangan la aktress tak berminat berlakon drama ni, pegi berlakon drama lain pulak.
aktress kata entah la, tengok la skrip atau jalan cerita mana yang lebih menarik or offer yang lebih menarik. masalahnya ada ke offer yang lebih menarik? aktress perasan dirinya dikenang2, dirindu2 orang.
depa kata... ala.......

hidup aktress satu drama yang panjang. ditelan pahit dibuang sayang.

Friday, July 07, 2006

1 year anniversary



Ban's life unfolds dah berumur 1 tahun. Bermula dengan Andai hidup umpama burung, Ban telah mengubah URL kepada yang ada sekarang. Bermula dari pencerita didalam hati, Ban menjadi seorang blogger, baring it all for the world to see. Some parts of it are true, some are .. well, junks. Nothing's great written here, i'm no philosopher. I feel more than i write. When i expressed my feelings i make people sad or i might looked bad. Anyway, thanx for supporting, reading and commenting. At times, its such a cure, makes me happy, makes me laugh. Thanx again.
Love isn't love until u give it away. Life isn't life until u blog what's ur say.
Konon.
:))