Friday, June 30, 2006

The journey 3


Masjid Nabawi in its glory. The green kubah is where the Roudhah is.


Pemandangan bukit disekitar Mekah. Pembangunan tengah rancak. Banyak hotel2 baru dibuat. Pekerja start kerja seawal 5am.


Sebahagian hotel yang sedang dibuat. Hotel yg gambar dibelakang sekali is going to be highest when its completed.


Pemandangan jalan nak masuk ke Kota Mekah. Ramai penjual ditepi jalan. Harga barangan boleh ditawar dan lebih murah dari dalam kedai. Tapi bila pihak Bandaraya datang, semua cabut lari.


Bukit Thur dimana terletaknya Gua Thur.


Diatas bukit Rahmah ada tiang putih, disitulah dikatakan tempat Nabi Adam bertemu dengan Siti Hawa semula.


Di Mina, sewaktu musim haji, semua jemaah Haji tinggal dalam khemah2 putih yang disediakan dan menunggu untuk melontar di Jamrah Al - Aqabah. Kawasannya bukan kecik, melaut luasnya. I think waktu musim Haji, berada disini adalah sesuatu yg paling mencabar, lebih2 lagi kalau khemah terletak jauh dari tempat melontar.


Di perkarangan Masjidil Haram. Boleh beli gandum dan bagi burung merpati makan.


Masjidil Haram dimana terletaknya Kaabah.

**to be continued**

Friday, June 23, 2006

Kiss the rain

Not all scars show
Not all wounds heal
You can't always see
The pain someone feels
Have a nice weekend.

Monday, June 19, 2006

Makan bola



Bila kau ketawa kami turut sama bergumbira, bila kau menangis kami turut sama berduka, bila kau seri tanpa jaringan kami menanti gol penuh setia, tapi bila Astro kata 'services currently unavailable', benar.. kami bagai nak gila, ada Tv besar jadi tak berguna. Hujan control segala2nya. Terima lah hakikat kau bukan di German. Tiada makna permainan secara 'live' itu.

Akhirnya, result diketahui selepas seorang kawan Nihonjin called beritau Jepun seri 0-0 dengan Croatia. Terdengar nada lega pada suaranya pasukan Jepun seri dan tidak kena belasah macam dgn Australia haritu.

Dinihari, bersamba juga kita, 2-0 Brazil. ;)

Friday, June 16, 2006

Change will do u good

Have u ever feel this way:
u've been looking for something long enough u dont wanna see it again. .
u've been eating something u like every other day and u feel sick at the thought of eating it again..
u've been thinking abt something hard enough u feel like knocking your head and not think about it again..
well, then, change will do u good. STOP. just put a stop to it.

i've changed the template of the blog and i lost all the links, music and stats counter. Adoii.. till i find time to put it back on or i'll just leave it as it is. I'm leaving things as they are these days. So buzy la. No time to update also. No mood also. Thinking of closing it also hmm.. despite its 1 year old anniversary next month.
change huh..

Monday, June 12, 2006

The journey 2


Dalam bas dilapangan terbang yg membawa kami ke terminal. Sampai Jeddah pukul 3 pagi lbh kurang. Aku rasa lega sangat. Ape tidaknye, dalam flight nak ke Jeddah selama 8 jam tu, perut dah masuk angin, takleh makan and muntah2. Agak tepu dengan food yg dibagi oleh Biman dan yg dimakan di Bangla. Org kata bersedia la kena hold lama di airport Jeddah, banyak kerenah la kastam dia etc. But alhamdulillah, group kami cepat selesai, beg cepat dpt, takde masalah langsung.

Kami dibawa naik bas ekspress utk ke Madinah. Berhenti smbhyg Subuh disalah satu hentian. Lepas tu, perjalanan diteruskan melalui jalan raya yang lurus dan panjanggg. Belum pernah aku tengok jalan yg berpemandangan sama, lurus yg sama cam ni (kalau kat M'sia hi-way camni, aku pun rasa nak pecut.. hihihi). Yang kelihatan cuma batu, bukit batu, pasir dan pokok2 renek padang pasir yg kekuning2an. 2 jam perjalanan pun sama jugak view dia. Sesekali kau akan nampak unta, so bila nampak unta, org2 dalam bas akan.. "eh unta la, unta", "mana, mana?", "tu, ala... dah lepas". Macam kita lalu kat jalan tepi hutan di M'sia ni, kadang2 kita terserempak dengan monyet2, begitulah excitementnya bila nampak unta.. Ada masanya kita leh nampak ade bengkel2, ade kerja2 pecah batu, ada kerja nak buat jalan sedang dijalankan. Nampakla Rover berhenti tengah2 padang pasir tu, dan Pak2 Arab tgh supervise keje2 orang. Phewww.. tabik spring tgk dorang keje tgh panas. Oh ye, waktu ni masih pagi, dalam pukul 6am++ tapi suasana terang benderang dah macam pukul 9 am di tpt kita.

Sampai di Madinah pada pukul 12tgh, lepas check-in di Hotel Al-Fayroz, siap2 utk Zuhur dan lunch. Hotel ni dekat aje ngn Masjid Nabawi, bila turun, cuma jalan sikit lalu tepi kedai2 jual tudung & kain, pusing kiri dah nampak Masjid. Ataupun senang citer, belakang hotel ni, selang satu building is the Masjid. Madinah is nice, i like. Relax aje. Kat sini, makcik sudah ter hook sama itu Kopi Arab daaa... adoii sedap sungguh. Hari2 balik masjid mesti beli. Kebab pun beli jugak, tapi rasa kebab sini masam sket, tak manis cam di M'sia. Org kata hati2 di Madinah, Pak Arabnye gatal2 belaka. Hmm.. takde pulak makcik experience ape2, cuma keramahan depa tu ye la mmg menyerlah, tanye dari mana datang la umur berapa la... bla bla, ayat2 normal lelaki. Hihih.. tak kisah ler tu plus makcik dpt diskaun babe, dapat roti lebih, kari lebih, susu lebih.. sedekah katanye.


Hari ke2 di Madinah, kami dibawa melawat ataupun ziarah. Kami lalu di Perkuburan Baqi' tempat dikuburkan Saidina Uthman bin Affan dan lain2 sahabat Nabi. Then, kami pergi ke Masjid Quba'. Terletak lebih kurang 5km dari Madinah, masjid ni adalah yg pertama dibina oleh Nabi Muhammad selepas berhijrah ke Madinah dari Mekah. Di masjid ni, siapa yg berwuduk dari umah or hotel dan pegi kesini serta sembahyang 2 rakaat, fadhilatnya seolah2 mendapat 1 umrah. Masjid Quba di dalam Alquran (Q.S. At-Taubah:108) disebut sebagai "Masjid Taqwa". Kerana didirikan atas dasar takwa, sehinga kaum Muslimin lebih patut untuk bersolat di dalamnya. Masjid Quba juga dinyatakan sebagai tempat orang-orang yang ingin membersihkan diri, yang disukai Allah. Lepas bersolat disitu, aku menangis sesungguh2 hati. Rasa sedih dan sayu sangat dapat peluang rezeki utk kesini.

Seterusnya dibawa ke ladang kurma. Macam ladang kelapa sawit. Puas la rasa kurma itu dan ini..

Then we all pegi ke Bukit Uhud. Panas berdengung toksah nak cerita la ye. Tapi mendaki jugak naik bukit tu. Depan bukit tu ada bukit lagi yang lebih besar dan tinggi. Melihat suasana sekeliling tu, bulu roma pun boleh berdiri imagining betapa tragisnya perang Uhud dulu. Kat bawah bukit ada tanah perkuburan syuhada' Uhud. Salah satunya kubur Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi s.a.w yang dibunuh dan dikunyah hatinya oleh Hindun isteri Abu Sufyan.

Lepas tu, kami dibawa shopping buah kurma di Pasar Kurma. Kat tempat tu, semua kedai jual kurma dan coklat2, kacang2 segala macam. Acara melontar bermula, bukan melontar jamrah ye, melontar duit kaedahnye. Kat sini group kami dah mula memenuhkan bas, berkotak2 kurma, kacang2 dan coklat diborong.

Lepas melontar, kami ke satu pusat penulisan dan percetakan Al-Quran. Lelaki kalau pegi sini akan dapat satu Quran free. Pempuan tak dapat. Boleh beli juga Quran kat sini, macam2 jenis dari kecil sampai ke besar, yg cantik, yang ada panduan tajwid, macam2 pilih aje. Murah sikit aje la, diberi kurang dalam 1 Riyal aje pun oleh Pak2 Arab itu.

By tgh hari, dah balik semula ke Madinah sebab tak nak terlepas peluang solat di masjid Nabawi.

** bersambung**



Thursday, June 08, 2006

The journey 1

Gambar2 tanpa mengikut susunan dan jalan cerita. Layan je la ye.


*Bilik hotel Northern Ltd. yang ala-kadar. Katil 4 disusun sederet, + kipas, aircond, kerusi, meja. Bilik air kat luar, share. Air kejap ade kejap takde. Bila takde lori tangki akan dipanggil utk hantar air. Pagi tu aku mandi cam P.Ramlee dlm seniman bujang lapuk. Lunch time dipanggil turun makan, makan berhidang, layanan kelass, masakan nasi + kari ayam kunyit sama mcm dalam flight. Tepon dari bilik ke bilik takde, tapi surprised.. tv yg aku cuma rasa nak buka time nak check-out tu ade Astro upernye.


*Lobby hotel. Waiting to check-out


*Depan Zia International Airport. Polis pempuan pakai sari wat keje.


*Ramai giler org tunggu tepi pagar airport. Havoc. Ade yg nak cari customer naik teksi & beca, + peminta sedekah, dan ntah ape2 lagi aku pun tatau sbb mcm nak tunggu World Cup players kuar je gaya depa.

I'm back. Balik last saturday. Siap flu demam sakit badan segala. Mengantuk sangat2. Alhamdulillah, semuanya ok. Sebelum pegi, berdoa jugak supaya tak sakit, tak demam. Keluar aje Mekah, start flu, balikM'sia, demam, sakit tulang belikat, sakit perut bagai. Lepas 3-4 hari semuanya dah baik. Hari ni kensel cuti, datang keje, rindu opis :)

21 May 2006.
Bertolak dari rumah ke KLIA dlm 6pm. Famili sume berkumpul, salam2, nangis2 macam pergi tak kembali lagi. Aku pun jadi emosi. Tapi hati tenang, sebab rasa pemergian diiringi doa dari semua.

Flight KL - Dhaka jam 11.30 mlm (tak punctual). Seat dah jadi cam Air Asia la pulak kat dalam tu. Jauh beza la if nak compare ngn MAS, dan aku asyik mengcompare (bukan mengutuk), sambil beristighfar, heheh.
Tiba di Dhaka after 3hrs 25 mins. dan dibawa ke hotel yg terletak di celah2 umah orang tak jauh dari Zia International Airport. Masa terasa lambat sangat berlalu.



**to be continued**