Friday, May 19, 2006

Doa

Jumpa lagi after 6 Jun, insyallah.

Take care.

Wednesday, May 17, 2006

Kau nak jadi ape

1) ramai layak masuk U = ramai graduan menganggur. perketatkan syarat2 pelajar memasuki IPT. hanya yang betul2 layak aje boleh masuk, cemerlang dari segala segi, bukan setakat boleh mengira, kau kena pandai melompat juga.
2) ramai sangat mintak kursus perubatan. perketatkan syarat2 pelajar yang layak mendapat tempat utk kursus perubatan. kena attend kursus, tengok darah, tengok org sakit, tengok boleh ke kau tahan geli dan loya, baru boleh kata kau layak nak jadi dokter.
3) graduan pendidikan tak dpt tempat mengajar. perketatkan syarat masuk ke maktab perguruan dan institusi pendidikan perguruan, kerana yang diperlukan cuma cikgu2 yang komited sahaja, yang dpt isi opsyen subjek kritikal, yg boleh dihantar ke serata ceruk, tak kira la kau duduk di Sabah atau dapat Anugerah Dekan sekali pun.

Saban tahun ada saje bende yang nak diperketatkan. Kat mana yang longgar sangat tu?

Monday, May 15, 2006

The trip

Last weekend i went back to mom's place to finish up packing before we leave for Umrah next Sunday. I've ironed our clothes and put them in the bags. We have attended the course, thanx to the agent who's willing to come over to show the practical sides of doing it. I feel relieved after that becoz its given me clearer picture of what and how i should be doing the tawaf and so on. Now the feeling of going to the Holy land has become stronger. I just can't wait to experience it.

I got the call to go there last year. Its been 6 years here in Penang, I've been happy, depressed, sleepless and thousand over feelings running thru my head, make me feel so tired i wanna go somewhere to get rid of all the worldliness. Its like i just want to be with myself, want to get in touch with myself, God and ibadah. I talked to sis and she said, Niat lah, insyallah sampai la hajat tu. And when she called in March saying that, we could go in May, i couldn't be happier. Furthermore, mak agreed to come with us. So, we plan, prepare, discuss and now its almost here, insyallah in 6 days time, we'll be leaving for Madinah and then to Mekah.

I talked to Hallie about me feeling a bit nervous of going there. She said tht she experienced the same feeling too and advise me to do lots of solat hajat, taubat and such. The spiritual preparation must start from here. She was kind enuff to share her experiences with me and its very enlightening. We cringed while talking abt the stories we heard tht some people couldn't see the Kaabah, lost their ways and such. I just hope my journey will be blessed and easy. Talking abt physical preparation, i haven't done the long walk. I should have walked around campus since last 2 weeks but all i did was sitting in the office till late evening, writing & cataloguing. Some works got to be settled before i leave *sigh*. I just hope the walk (shopping) back in KL and Shah Alam will be of help. Tht can be considered as an exercise too, kan.

Wednesday, May 10, 2006

Ratu sehari

Dalam rancangan Ratu Sehari di Astro kelmarin ada part make-up pengantin. Ketua Jurumekap adalah A. Ada 3 bakal pengantin, dan jurumekap kena buat penampilan yang berbeza utk setiap seorang. Setiap bakal pengantin ada jurumekap masing2 (anak didik A).
A boleh dimasukkan dalam kategori cantik untuk seorang lelaki. Cantik occay, bukan handsome. Semua jurumekap A pun sama: yg cantik, yang bersuntik (apesal la pakai baju jarang noks, satu Malaya tengok) dan of coz melentik.

Setelah siap dimekap, model pengantin tu sume nampak lebih cun. Memang ade class sentuhan tangan jurumekap2 iteeww. Star sangat occay. A pun memberi ulasan tentang dandanan yang dibuat keatas setiap model.

A utk model 1:"warna gold pada mata pengantin ni menyerlahkan lagi penampilan nya. Baju kaler perang menaikkan seri pengantin yang berkulit sawo matang". bla bla bla..

A utk model 2: "kerana model berkulit putih kemerahan, gincu warna merah digunakan dan solekan mata di berikan tumpuan utk menampakkan kegebuan" bla bla bla..

A utk model 3: " baju ini sungguh cantik dikenakan dengan fesyen sanggul di tepi dan selendang ya untuk majlis akad nikah. Pengantin perlu nampak cantik ye kerana majlis ini akan di hadiri oleh Pak Imam ... ( dia pause) , dan bersopan .." bla bla bla...

Aku gelak besar depan tv.
Ye, cik cik semua, pengantin perlu nampak cantik waktu akad nikah ye, kerana waktu tu Pak Imam akan hadir.

Tuesday, May 09, 2006

Dalam hati ada cinta

Kau pernah rasa bercinta? Kau pernah rasa terluka? Cinta membuat hati terbuka utk terluka, dilukakan. Kau pernah menangis kerana cinta? Tangisan sungguh2 dari malam membawa ke pagi, air mata jatuh waktu kau memandu sepanjang melalui lebuh raya utara selatan. Kau pernah cuba melupakan cinta? Kuburkan kenangan lama, kau toreh hati sendiri, cuba keluarkan semua darah dan nanah yang ada dengan harapan luka akan sembuh, kau akan lupa sakitnya. Kau silap operate atau silap jahit atau kau tak makan pati ikan haruan, luka kau tak baik, kenangan dan cerita lama itu datang lagi, umpama garam ditabur atas luka yg terbuka, pedih kau rasa. Kau pernah rasa pedih hati mengenang cinta? Pedih yang membuat kau koma jiwa.
Melayar lara.
Kau pernah?

Tak, kan?

Tapi dia pernah. Dia rasa benci. Dia benci cinta. Dia benci rindu.

*****

Dalam Hati Ada Cinta 5 berakhir semalam. Produser dapat ending cerita, sebab akhirnya tanpa apa2 konflik, Alia yang fickle minded berjaya dipujuk bersetuju menerima Wan bila Wan melutut sambil menunjukkan sebentuk cincin berlian dan berkata marry me. Itu pun dimasukkan dalam akhbar promosi episod akhir drama ini dan penonton diminta hantar undi melalui sms, memilih siapa yang hendak dijadikan pilihan Alia. Wan atau Arif. What do u expect? Of course penonton yang dah mengikuti drama ni dari awal tau Wan dan Alia is meant for each other dan vote for them to be together. Jelas, untung dari sms tu yang sebenarnya nak dikutip, bukan pendapat. Hmm..

Kalau hidup kau diberi pilihan memilih jodoh melalui undi orang lain, kau nak? Oh ye, Mencari cinta di TV itu gagal kan?

Friday, May 05, 2006

Buzy bee



Sleepless buzy sejak kebelakangan nih. Tido malam pun jadi lena. (Itu sesuatu yang amat melegakan ;) ). Ada banyak benda nak di settle: bab kerja, sosial dan personal. Nak update blog pun tak sempat, baca blog kawan2 bila ade kesempatan, tapi no komen, sori :D

Tertarik dengan kenyataan Menteri tenaga, air dan komunikasi dalam Buletin Utama mlm tadi yang membuat perbandingan camne org boleh hantar sms ke Akademi Fantasia sampai abis ber hengget2, tapi bila nak naikkan tarif letrik, org komplen.Ada betulnye jugak cakap dia tu. Adekah AF4 yang bakal bermula tak lama lagi akan kurang pengundi tahun ini? Kalau tengok balik bukan tarif letrik aje nak naik, minyak pun dah naik. (wink*) .. Sleepless gelak depan tv tgk dia bila ditemuramah. Bukan Sleepless saje, wartawan2 pun dengar berderai2 gelak tawanya tiap kali Menteri ni buka mulut. Dia mmg termasuk dalam list Sleepless as One of the menteri yang fun to watch..

Semalam ada Bas Ekspress dari Penang yang di samun oleh mamat2 Indon yang juga penumpang bas tu. Canteekk punya plan dia buat. Aduhh seriau. Next week Sleepless nak balik kg lagi, nak naik bas ekspress lagi. Mintak dijauhkan kejadian yang tak diingini begini berlaku. Hmm.. bukan kapal terbang aje org nak hijack eh...

Have a nice weekend everyone & take care.

Tuesday, May 02, 2006

Ban's weekend of leisure

Bila time cuti umum di M'sia nih, one can count their blessings if they study, work or stay belah Utara. Kalau diperhatikan, bila cuti panjang sikit, semua org KL keluar, balik kampung, pegi bercuti, pegi kenduri dan jalan yang jammed selalu menghala ke utara dan selatan. Org yg duk belah utara balik KL cuma perhati aje, jalan yg sesak, line panjang utk bayar tol dan R&R seberang jalan yg penuh melimpah ruah. Jalan kita clear. Yahoooo..

Sama jugak bila org yang dari KL nak ke Utara balik. Jalan sebelah menghala ke KL lah yg selalu sesak sebab org nak mula kerja, sekolah, ada accident, ade engine yg panas, ade bateri kereta yg kong, ade JPJ yang lebih membuatkan semua org drive slow dan menambah jammed.
Macam semalam. Kereta kat hi-way macam kunang-kunang menyerikan jalan. Panjang sejauh mata memandang, perlahan dan rasanya kaki drebar2 tu sure kejang

Jalan kita clear lagi. Simple pleasure begini cukup indah dinikmati.