Friday, April 28, 2006

Selamat Hari Pekerja

Kepada semua pekerja2 gigih, kaki chat dan blog :D

Panjang sikit weekend nih.
Dah antar borang Income tax?

Kalau dah, selamat bercuti sampai Isnin.
KL here i come.

Wednesday, April 26, 2006

Other side of the world

To all the Babes yang patah hati,
After a while u learn : the subtle difference between holding a hand and chaining a soul.: tht love doesn't mean leaning and company and it doesn't mean security.: kisses aren't contracts and presents aren't promises.: tht even sunshine burns if u get too much.: to plant ur own garden and decorate ur own soul, instead of waiting for someone to bring u flowers.: accept ur own defeat with ur head up high and ur eyes open, with the grace of an adult, not the grief of a child.

Over the sea and far away
She's waiting like an iceberg
Waiting to change
But she's cold inside
She wants to be like the water

All the muscles tighten in her face
Buries her soul in one embrace
They're one and the same
Just like water
And the fire fades away
Most of everyday
Is full of tired excuses
But it's too hard to say
I wish it were simple
But we give up easily
You're close enough to see that
You're on the other side of the world to me

On comes the panic light
Holding on with fingers and feelings alike
But the time has come
To move along
And the fire fades away
Most of everyday
Is full of tired excuses
But it's too hard to say
I wish it were simple
But we give up easily
You're close enough to see that
You're on the other side of the world

Can you help me
Can you let me go
And can you still love me
When you can't see me anymore

And the fire fades away
Most of everyday
Is full of tired excuses
But it's too hard to say
I wish it were simple
But we give up easily
You're close enough to see that
You're on the other side of the world
On the other side of the world
You're on the other side of the world to me

KTTunstall

Monday, April 24, 2006

Rindu yang hilang



Kursus kat Port Dickson sampai tepu, 1 week. Hari2 ngadap laut time minum pagi and petang. Bengkel berlansung sampai malam. Makan 6 kali sehari. Tido paling lena dialami diulit aircond dan bunyi ombak. Sleepless ilang identity di PD walau teguk coffee lebih dari 2 kali sehari.. Woohooo.



Pemandangan dari bilik. Tak jemu mata memandang, Selat Melaka luas terbentang. Spoil sket, construction chalet kat situ menambah kotor pada laut dan pantai bila air surut.



Jalan2 sekitar resort, jumpa kolam yg ada 2 ekor Dragon fish. Besar gila cam ular sawa kenyang, tengok pun geli. Menurut info kat board tu, ikan ni berasal dari Amazon. It can leap out and gulp bird, or mammals yang ade di permukaan.. Eiiii takut!





Ahhh i'm back .. terubat rindu kat blog. Rindu kat Penang. Rindu kat ofis. Rindu kat Anis. Rindu kat keta.
Adat after attended a course like this, keje makin banyak. I like being buzy. May the force be with me.

Thursday, April 13, 2006

U kiss U pay

FAKTA KES:
Ooi Kean Thong dan Siow Ai Wei didakwa berkelakuan tidak senonoh kerana berpeluk dan bercumbuan di bawah rimbunan pokok di Taman KLCC jam 5.20 petang 2 Ogos 2003.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(1) Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981 (UKT) tidak ultra vires (bercanggah) dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, berhubung kebebasan hak asasi.

Aku sedang mengikuti perkembangan kes nih. Hari ni dlm akhbar katanye Kabinet mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan utk menentukan definisi berkelakuan lucah atau sumbang untuk diseragamkan dalam peraturan Undang-Undang Kecil Taman atau undang-undang lain yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT). So, Datuk Ong Ka Ting pun kata, jgn ade mana2 pihak pandai2 ikut budi bicara sendiri utk buat interpretasi sehingga definisi sebenar diputuskan.

Hmmm.. apa agaknya definisi kelakuan lucah atau sumbang zaman skang ni ye?

Mungkin nanti yg terzahir hanyalah papan tanda macam "dilarang membuang sampah disini", yang bertulis : Dilarang berpelukan dan bercumbuan diSINI.

Disitu sahaja.... dan tokey VCD Tupah sudah lamaaaa kaye rayer..

Wednesday, April 12, 2006

T.G. its over

Drama Natasha (pasal budak pempuanmelayuterakhircun yg baik gilerrrrrrrr yg kena dajal oleh cousin dia Tina tapi masih tetap baik budi dan tak reti2 wht's happening around her sampai 2 episod terakhir) last episod malam tadi. Perjalanan balik dari umah mak pun ter-delayed, natijahnye aku sampai Penang 2.30am. Bukan la peminat setia drama nih, follow episod2 belakang aje, tu pun lepas dpt motivasi kutukan drama ni dari blog Titicaca. Thanx to her, walaupun drama Melayu nyakitkan hati, aku tengok citer ni. Lagi satu, masa tu la hubungan mesra dengan dia terjalin sampaikan hubby dia pun tau bunyi sms pukul 9.05pm tu tentu aku and we will surely have a good laugh in that 1 hour in 1 week for the last 3-4 weeks or so. So, Monday nite laughing over Natasha is the best medicine.

Drama ni mudah sebab skrip dia ulang-ulang-ulang-ulang-ulang lagi in every episod.

"Kau tahu tak kau ni pembawa sia**"
"Kau tahu tak Irfan tak cintakan kau."

Dan Natasha pun cayer bulat2.

Aku pun nak jadi penulis skrip cam ni. Mudah sangat. Pastu konflik pun ala-ala suam kuku aje, tapi buat2 gempak cam ada Bigfoot diakhir cerita. Yg kelakar, Natasha cuma pandai menilai dan jadi bijak setelah dia masuk penjara kerana dituduh terlibat dengan agenda bunuh bapak sendiri, bukan kerana ade pendidikan kolej atau pun dah jadi Datin. (Adakah drama ni secara subtle cuba memberitahu Datin muda selalunya adalah beauty without brains ? uppsss) . Ok la kita terima la kata2 "pengalaman hidup sebenar adalah pengajar yg paling baik". Tapi sape2 penonton kritis takkan puas hati dengan ending drama nih. Natasha lepas, tak bersalah. Of coz la, sebab bukan dia bunuh bapak dia. Tapi ape ke halnya Tina yg bersalah planned incident potong brake keta bapak dia tu tak ditangkap, elok pulak dia happy diakhir cerita di majlis kawin Natasha?? Ape jadi ngn Ruzman yg kenyang dengan duit 1 juta yg disonglap drpd Natasha?? Motif direktor masukkan Natasha dalam penjara?? Abis saje la nak tunjuk Tina cam Yakuza punya terer jadi mastermind in all her evil doings but not being punished??
Motif??

Titicaca, kau setuju tak:
- mekap mak Tina maintain vogue walau tengah gila meroyan. Baik amik dia aje jadi model iklan produk Natasha tu kan?

- aku rasa pas nih sure ade Natasha 2 kan?

Kalau ada, tak yah sms aku ok.

Friday, April 07, 2006

Pleasant weekend everyone!

Sleepless balik ke rumah bonda.
Cuti sampai hari Selasa.

;)

Thursday, April 06, 2006

Gelagat peminat

Pagi tadi dikantin.

Student A: "Yang ni ke, yang ni?"
Student B: "Yang ni lah" (tunjuk pada 1 suratkhabar)
Student A: "Ok la. Ek ellehh.. sebok je, macam dia tu dah kawin. (sambil tunjuk pada sesuatu di suratkhabar tu)

Student A capai s/khabar tu dan berlalu.

Aku tengok suratkhabar2 yang ada disitu, dan jenguk jugak pada yang Student A tunjuk dan beli tadi.

Mawi cepatlah kawin -- Diana (gambar Diana Rafar)

Ohh.. peminat Mawi rupanye. Dan surat khabar yang laku tadi.. . mestilah Harian Metro.

:)

Dari persepsi seorang yg bukan peminat Mawi, aku rasa wartawan saje mensensasikan hal dia dengan Diana Rafar tu. Abis kecoh peminat2 Mawi dibuatnye. Hmm.. takde keje la aku nak pikir pasal dengan sape dia nak kawin kan (lainlah kalau ngn aku .. hehe). Kalau dia nak kawin ngan dua2 Diana pun boleh, tambah lagi dua orang Dianu dan Diani pun boleh..

Uppss... sori peminat2 hehe.

Wednesday, April 05, 2006

One of the best thing

One of the best thing in the world is to be able to wish Mak happy birthday. To hear her happy voice when i sing the birthday song..

This time i gave her a pair of gold earrings as birthday present. She was stunned. Yea, me too. Never before anything like this was given. But this year, or since last Raya, all i wanna do is to give her more and more. We spend little time together, me being here and she over there. Weekends or 4 days leave are just not enough i know. Maybe to her the biggest present ever will be me moving back to KL. For some reason, i just couldn't do it now. I do feel bad, for being selfish. I told her, i took after arwah Abah's perantau spirit kot, coz Abah being the youngest in his family too, came to Malaysia before the World War II when he was just 18. She always gave me the Yea,right.. look, and i'll laughed, deep down feeling bit guilty and sad. And maybe the 2nd biggest present she ever wish for is me getting married to the 'calon'. Even that, i haven't been able to come to an agreement.

I called her yesterday, asked her to put on the earrings on her special day. She just laughed. Later, when i talked to auntie, she said, "Mak cakap dia nak pakai masa kau tunang".

Hmm...

Happy 69th Birthday, Mak. I love u banyak banyak..

Monday, April 03, 2006

Sekitar majlis

(Sajak karya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh yang dideklamasikan oleh ARD pada majlis Penyerahan Koleksi Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh, di PHS2 pagi ini.

DOA

Tuhan,
Berikan aku ilmu
untuk memahami manusiamu
yang sering kejam, marah
dan hanya berfikir
dari kehendak dan mimpi sendiri.
Beri aku kepekaan buat merasa arus cinta,
kesenangan, kesedihan atau kesengsaraannya
kerana aku perlu memahaminya
sebelum aku mengundurkan
keterlibatanku dengannya.

Tuhan,
Berikan aku keupayaan
untuk hidup bersama paya, lembah,
batu, pasir, lumpur dan lautan
kerana kau buatkan aku
makhluk bersamanya.
Berikan aku ketenangan
untuk melihat pucuk menjadi daun
menunggu malam dan bintang-bintangnya
mengikuti musim-musim hujan, kemarau,
siput, penyu dan burung-burung berkeliaran
kerana aku harus tahu cara alam
untuk ku sesuaikan diriku kepadanya.

Tuhan,
Berikan aku matahati yang tajam
untuk kukenal diriku
segala perubahan yang terkelip didetik
segala perasaan yang tak mungkin kukawal
segala arah waktu didepan jalan
kerana aku harus tau mengapa aku disini,
kemana akan aku pergi..