Thursday, March 30, 2006

Kepala tongkol glamer



Kesian makcik ye. Glamer sebab kepala tongkol RM45 yang makcik tanak jual mula2nya tanpa nasi. Tapi org tu nak sangat beli, jadi makcik jual jugak dengan telur ikan dan beberapa ketul isi. Natijahnya makcik dikatakan jual mahal. Abis satu Malaya diwar2kan kenaikan harga ikan dikedai makcik tu. KPDNHEP pun serbu kedai makcik dan merampas kuah nasi dagang itu utk siasatan (??). Makcik rasa tertekan, kedai yang pernah masuk TV3 utk rancangan Jalan2 Cari makan bukan saje dah jadi sebutan tapi juga serbuan.

Takpe la makcik. Ape2pun kita ambikla jadi pengajaran. Ni kedai yg tak masuk jalan2 cari makan pun ade gak naikkan harga ikut sedap hati je kan. Dorang ingat dorang star sangat la kan...

Tuesday, March 28, 2006

Porn advert

Aku dapat 1 je komen mengatakan bila buka blog ni, selalu kuar porn advert. Terkejut la kan since tak pernah pulak tau kewujudannya. Tanya Leen, ttg kesahihan hal. Dia kata ada. Adoiii.. patutlah kebelakangan ni, traffic ke blog ni naik agak mendadak. I guess its that 18SX pop-up attraction. Menurut kata Leen yang sampai tak lalu nak explain wht's tht pop-up advert is all about tu, aku rasa memang 18sx sungguh la.

Dalam blog ni memang ade dipasang Webtune, utk lagu berkumandang. Leen rasa kemungkinan pop-up advert ni ade connection dengan Webtune tu, sebab blog2 lain yang dia masuk, yg mana ade Webtune, sume ade pop-up advert porn. Ha ha ha, aku je tak pernah tengok pop-up advert tu sebab aku enable pop-up blocker, jadi aku tatau pasal kejadian misteri ni yang telah menganggu ketenteraman awam :D Ampun maaf dipinta.. Peace!

Monday, March 27, 2006

Balik KL



Last Jumaat aku half day. Bila bas mula naik Jambatan Pulau Pinang, memandang ke laut, aku tarik nafas panjang2, rasa segala kisah, masalah dan lelah aku dipulau ni aku tinggalkan, hati berlagu riang -- KL here i come -- mak, anak mak balik ni. Baru dari Penang, belum lagi dari Tokyo ye Kunci Hilang?
Aku dapat seat single paling depan, sebelah aku satu couple mat saleh dan cine, asyik menonjolkan public affection yang melampau. Adegan2 yang tak ingin kita lihat membuatkan kepala aku terteleng ke sebelah kiri aje. Masa tu i wish, sumer couple naik satu bas and single satu bas yg lain. Tak perlu melayan pandangan yg menyesakkan ataupun bunyi2an yg tidak perlu (ye, ade bunyi juga), disamping chance utk bertemu yg single, lebih cerah..:P haha.

Sesampai di KL jumpa Anis di KL Sentral. Terbawa dengan arus rush hour org balik kerja. Sempat juga beli jagung rebus. 4 tongkol RM5.60. Anis tersilap jangka harga. Hello babe, we're in KL ler.




Melepak di bilik Anis. Ditambah pulak dengan hidangan jagung manis dan teh o panas. Dah dinamakan rezeki malam tu, dijemput sekali ke dinner di Saloma. Tak sangka plak food tak sedap disitu ye. Harap persembahan ala-ala Citrawarna aje la kaedahnye kan.

"Saya nak datang penang jumpa awak"
"Saya ada di KL skang"
"KL la pulak.."
"Saya balik kg, baru tiba di Kl ni.."
"Oo... ok la."

"Akak ade di KL? Boleh saya jumpa akak malam ni. Saya datang kejap lagi, ye?"
"Tak payah la dah lewat"
"Kalau camtu, esok pukul 7.30pg saya datang sana".

Gangguan. Dalam kepala cuma ada meehoon tomyam dan fruit jelly cocktail di The Mall, shopping dan KL Book Fair. Tak sabar tunggu esok. Esok masih ada kan, tapi esok untuk SIAPA???



Wednesday, March 22, 2006

Suratan atau kebetulan

Aku jumpa Cora, seorang perempuan Jerman yang ingin berjumpa somebody disini. Showed her the way tapi dia tak jumpa org yg dicari. When she wanted to leave a message to tht person, seorang student yg sedang carik buku dalam sistem ngn aku tegur dia. Student ni mengoffer card dia utk diguna if Cora nak buat pinjaman.Dia percaya that lady won't misuse her card, hilangkan buku, etc, sedangkan dia tahu Cora akan meninggalkan M’sia dalam masa 2-3 hari lagi. Sembang punya sembang rupa2nya Germany is close to this student’s heart sebab katanye parents dia belajar kat German dulu. And now disini auntie dia pun kahwin dengan German guy. Dia pun tgh membantu auntie dia menyediakan masakan German yg akan dijual esok lusa dikampus kerana ada “German week” organized by Pusat Bahasa sambil mewar2kan World Cup 2006 yg akan berlangsung di sana. Student ni pun beritahu, bulan Mei nanti dia akan ke German dan Cora dengan senang hati memberikan contact no. dan addressnya disana dengan harapan mereka akan bertemu lagi. Satu kebetulan yang indah, dan satu perhubungan telah terjalin dengan mudah.

Kebetulan yang indah dan perhubungan yg terjalin dengan mudah adalah sesuatu yg terjadi pada orang-orang yang bertuah. Kadangkala, tuah orang yang bertuah tak sampai kehujung. Ada harga yang perlu dibayar utk tuah itu rupanye. Ade sampai makan tahun. Ada sampai makan hati. Waktu itu, adakah kita masih katakan ianya indah lagi?

Monday, March 20, 2006

Tentang dia

Dia called lagi. Seperti biasa, if aku tak perasan nombor dia baru aku angkat. If not, sms dia pun aku tak jawab sangat. Dah 6 tahun.

"Akak sihat? Saya pegi Pakistan aritu, antar bantuan ke Muzafarrabad. Ramai muka cam akak kat sana. Me tumse bhot yaad karti hu". (I think of u a lot)
Aku gelakkan dia.

"Haa.. bila nak kawin. Takde ke awek2 cun kat Putrajaya tu yang awak berkenan?"
"Ada, tapi bukan taste saya. Kalau ngn akak ok la sebab akak mmg taste saya".
Aku gelakkan dia lagi.

"Saya suka tengok akak dari dulu. Pakai baju kurung. Pegi kelas bahasa Jepun. Akak ni comel tau. Manis. Bagi saya muka akak ni keibuan la."
"Haaaa.."???
Aku gelak sakan.

"Akak skang ni ** tahun kan? Saya rasa berat akak skang ni sure **kg kan? (Cesss, tepat lak tu) Takpe, kalau akak 80kg pun saya sanggup angkat lagi. Saya suka akak chubby, bagi saya la, seksi."
"OOooiii Oii..., sudah tu, sudah."
Hahaha

"A'ah, akak masih S41.Biasala librarian ni kan lambat nak dapat kenaikan."
"Takpe, nanti bila saya dah jadi KSN, saya akan naikkan taraf semua librarian. Tapi masa tu akak bukan librarian lagi la, masa tu akak First Lady, mem saya la."
Aku gelak nak jatuh kerusi.

"Akak, bulan depan saya nak datang Penang jumpe akak."
Aku mula carik idea nak mengelak.
"Bulan depan akak takde, pegi U*M ade attachment. Bulan depan satu lagi pun takde pegi umrah kot."
"Oh, ye ke? Dengan famili ke? Selamat menunaikan umrah ye. Tapi nanti bila nak mengerjakan haji, dengan saya tau." katanye lembut.


Aku terdiam, tak jadi nak gelak.
Tiba2 rasa sebak...


Thursday, March 16, 2006

What's in road name



A picture paints a thousand words. But this one? U tell me. Kawan aku kata gambar ni diambil disatu lokasi along Malacca coastal road. Addoiiii...ape la malang nama kau. Hehe..

Nama cina seperti yang kita biasa tahu, Wong Ah Beng, misalnye akan di panggil "Ah Beng" atau pun contoh ayat: "Beng ah, lei hei pinto?" (Beng, dimanakah awak?)

Kalau nama org kat road sign tu dipanggil? Ishh... aku tak sanggup nak type.

Wednesday, March 15, 2006

Free lunch

Kedengaran suara Mawi berkumandang dari tv besar menghangatkan suasana yang sedia riuh di kantin Subaidah. Lepas amik nasi kandar aku pun ke kaunter utk bayar. Ada seorang mamat berpakaian lengkap dengan kot 1 suit menarik beg depan aku tgh bayar utk minuman. Aku tengok dia sambil cakap dalam hati, tgh2 panas ni sure kau tgh membara kat dalam tu. Dia pandang aku sekilas. Aku senyum. Dah agak soalan yang akan keluar dari mulut dia dalam masa 2 saat lagi. Yea betul...

"Are u Arabs?"
"I'm Malaysian"
"Oh.. i thought u r Arabs coz u look like one"

Sengih.

"I noticed many Malaysians look like Arab"

Sengih. Dalam hati aku, yea maybe in Penang.

"Will u let me pay for u?" Dia sengih. Menggoda sangats mak tak kuasa u.
"No need, its ok, i can pay my own" Sambil kuarkan duit dari purse.
"No, no.. let me pay for u, its common in Arabs tradition, we pay".
"Its ok really, u don't have to"

Setelah bla bla bla..End up, dia bayarkan lah lunch aku hari ni.
Aku pun berbasa basi la sikit, org memberi kita menerima, org berbudi kita berbahasa.

"Where are u from?"
"Jordan, i'm going to do my Phd here. Are u a student here, which school?"
"Nope, i'm working here"
"Ooo where?"
"Li*****"
"Oohh.. ok, i will go there later" . Sengih menggoda lagi.


Arghhhh..................

Monday, March 13, 2006

Rungutan

Tidak ada cerita untuk ditulis. Jadi pencerita dalam hati, cuma merasa. Dunia berputar jugakan dalam hidupmu walau tidak diserikan oleh aku.

Pun sedang cuba mencekalkan diri. Tidak terlalu bersandar pada kehadiranmu untuk membuat segalanya atau apa saja lebih bererti.

Bunyi kecewa?
Tidak.
Aku cuma perasa yang terbiasa.
Melalui satu perasaan yang sukar.

Wednesday, March 08, 2006

101 posts

Dia sudah tiada
tak tahu kemana
mungkin dia ada disana
menyepi tanpa berita

tadi ke pekan rabu
dulu dia pernah ada disitu
mengurai rindu
senyum dalam debu dan jerebu
ramah
memilih baju kurung kedah warna merah

dia sudah tiada
tinggal hanya kisah duka
aneh kan perasaan
hilang sudah bertahun
jiwa masih diruntun.

Monday, March 06, 2006

Walk the walk

Pagi2 dah kuar ke Youth Park. After registration, jumpe lecturer yg jadi Pengarah projek Walk of the Caring Hearts rupanye. Borak2. Good job he's doing, students dia punya team (Mass Comm) mmg hardworking. Sambutan pun dasat, yg dah sign up more than 800 ppl. Sponsorship pun banyak. Ade cabutan bertuah: digital cam, Sony Ericcson hp, dan yg ultimatenye ialah diamond set rantai dan loket by Venessa diamond. Kelaasss kan?



Bukan jalan2 cari makan daa. Bakal pengantin baru kurang tempoh 1 minggu diheret sama join charity walk. Kot ade rezeki dapat diamond set. Heheh..



Ade jugak yang berlari. Hmm.. over excited. Jalan kaki sejauh 2.4km was fun. Bila sampai, dapat goodies bag and no. utk cabutan bertuah. Ada gak coupon utk Milo. Best oo Milo yg dpt free kat lori tu. Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.. yeah yeah..



Kutipan yang berjaya dikutip sebanyak RM25,000.00 diserahkan kepada beberapa pihak seperti Mercy M'sia, Adventist Hospital dan Orphanage House. Tunggu punye tunggu utk lucky draw, aiyahhh.. so unlucky, satu haper pun tak dapat la. Yg kelakar, most of MP3 player dapat kat nyonya2 warga emas yg participate. Yg muda2 cuma went ooohhh and ahhhh aje la tgk hadiah yg ngam2 tu berlalu. All in good fun, dah kenyang minum Milo, we all pun lenggang2 kangkung balik umah.

Friday, March 03, 2006

March is for marching

Catalogued a VCD on M'sia's 13 wonders. Semalam dlm vcd tu tengok Perhilitan buat pemindahan gajah2 di hutan Belum. Lepas tu, penjagaan orang utan pulak. Pastu ade gak about monyet dan penyu. 2-3 hari ni, naluri kebinatangan aku makin membuak2. Rasa nak bela anak gajah la, orang utan la, nak pegi buat keje2 cuci kandang gajah la, kasi makan org utan la. Hmm.. ma makna haza? . Tak cukup dgn Baby kat umah, cam nak buat zoo la pulak.

Kawan aku kata my biological clock is ticking la tu. Baik cari calon and buat anak ( stetmen kejiiii, kan), daripada nak masuk rimba, jumpe Perhilitan utk jaga anak orang utan.

Tapi kan, ade gak citer pasal snake hunters dlm VCD tu. Ngeri tengok dia tangkap ular besar2. Aku pikir2 jugak, kot2 malam tadi ade mimpi kena kejar ular ke, patuk ular ke, tapi takde pulak. Hehe..

Kesimpulannya kena teruskan niat murni naluri kebinatangan ni la kan?

Esok kena keje.. hmm cam bosan. Tapi hari Ahad nanti nak join Charity Walk. Lama dah sport shoes tu aku sadaikan. Charity walk ni akan diadakan dalam satu taman dekat ngn hutan. Oh ye, kat situ pun ade banyak monyet berkeliaran, boleh la kot berkenal kenalan.

Wednesday, March 01, 2006

My baby you


(Baby malu gambar diamik lalu bersembunyi dibalik daun keladi, huhu)

Setelah 38 hari dalam peliharaan, Baby dah gemuk sikit. Aku pun makin lama makin sayang kat dia. Balik rumah hari2, panggil je Baby, dia datang meluru kat dinding bowl tu. Lapar la tu. Kesian pun ada, dia kebuluq bak kata org utara. Kalau air dalam bowl tak kotor, tabur makanan. Kalau kotor, cuci dulu, kasi Baby suasana fresh and clear. Then kasi makan. Baru lah dia berenang riang.



Baby ni memang jenis camera shy la. Jenuh nak tunggu dia pose elok2. Ye lah kan, dah kenyang kan.. Nampak tu makanan warna ijau ngn merah dia tak abis, terapung kat atas. Baby suka makan yang warna hijau. Kalau dia makan warna merah, dia kuarkan balik. Hmm..nampak sangat aku takde keje kan..itupun aku pasan.


(Baby tgh cuci mata, ogling at Fazura)

Baby diletak ditepi tv. Senang aku monitor dia. Kadang2 aku duk betul2 depan bowl Baby perhati perangai Baby yg aku tak faham and buat aku risau. Ade kala dia berenang longlai menjunam kebawah, ade masa dia cam mencungap2 naik keatas permukaan. Saspen je takut dia sakit ke, nak mati ke. Ish ishhh.. Dah namanye pun ikan, kita ni manusia, mana lah nak faham (ngan sesama manusia dalam sama2 faham pun bleh kena tipu idup2 jugakkan).Sumtimes tergelak tak pasal2, kerana seekor ikan, aku jadi penasaran.