Friday, October 28, 2005

Selamat Hari Lebaran


Disaat ini, sure banyak yang dah takde mood nak buat kerja. Datang opis pun sebagai syarat saje. Kepala sumer dah pikir raya. Perasaan dan jiwa dah ke satu daerah namanya kampung halaman yang dimeriahkan oleh ibu bapa, sanak saudara, jiran tetangga dan handai taulan. Kenangan lalu dijadikan sandaran, saat menganyam ketupat, menjahit dan memasang langsir, membakar kuih, mencuci tingkap, bermain mercun -- semuanya terjalin dalam suasana indah bersama semangat menyambut Aidilfitri. Kegembiraan juga tak terungkap bila terdengar lagu-lagu raya yang ceria & syahdu dicorong radio walau diulang beberapa kali.

Kenapa saat-saat begitu setiap tahun diidamkan? Bagi aku, kalau kita rasa bahagia menjelang Hari Lebaran, bersyukurlah kepada NYa kerana dilimpahkan rahmat dan kesejahteraan. Itulah bonus rasa lapang dada yang diberi olehNYA setelah berpenat lelah berpuasa menahan lapar dan dahaga dan beribadah di bulan Ramadhan. Diberikan juga kenikmatan dari segi perasaan untuk memberi maaf dan menerima kemaafan, merapatkan perhubungan dan memperbaiki kesilapan lalu. Kerana itu juga kita rasa sedih & pilu mengenang mereka yang telah tiada untuk sama2 bergembira meraikan Hari Kemenangan ini. Kehilangan itu pasti dirasai walau sudah berpuluh tahun berlalu.

Esok aku pun akan berangkat pulang. Rasa dihati sebak berbaur bahagia. Harap2 semuanya selamat sejahtera menyambut AidilFitri kali ini. Tema raya tahun ni "all out utk mak". Tapi duit yg dinanti, tak dapat2 pulak lagi. So, diharapkan langsir baru, kuih muih dan kehadiran diri ini menemani dia utk satu jangka cuti yang panjang akan lebih membahagiakan. Tak lupa juga, keinginan bertemu kawan2 lama di open house memasing. Ye lah tahun ni sume dah mencecah angka 30, ade yg dah 3 askar berderet, ade yg belum ada, ade yg masih single mingle..sure byk kisah2 sensasi utk diciterkan dan soklan2 cepumas utk ditanya.

Minggu ke2 lepas raya aku akan ke S'pore pula. So, lama lah blog ni tak kan diupdet. Kita jumpa lagi on the 21st November. Sehingga itu, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Jaga diri, berhati2 dijalan raya dan sampai jumpa lagi.

Wednesday, October 26, 2005

Penyamun tarbus

Penyamun, penyamun tarbus ini kisah penyamun tarbus.

Malam kelmarin aku ade kat lib sampai malam. Lib ditutup from 6.30-8pm sepanjang bulan posa ni utk berbuka. Bila masuk semula at 8pm, didapati satu pc flat screen ilang di Bilik Internet. Dah jadi kecoh, disiasat dsb. Meredah hujan lebat,drove my friend and staffs ke Pej. Keselamatan dan seterusnya ke 2 buah balai polis utk buat repot dan amik stetmen. 1++ pagi baru balik umah.
Havoc. Sekali arini dpt tau pc tu dah dijumpe semula, dicampak tak jauh dari tpt kejadian. Aku rasa sure org yg buat keje tu "panas" and pulang balik. Tu la buat lagi keje2 jahat dibulan posa ni. Menyusahkan org. PENYAMUN!!

Hari ni opismate kata ade kejadian bunuh dekat tpt tinggal aku masuk KOSMO. Aku pun pi cari paper tu nak baca. Rupanye cite ni kuar sumer paper utama arini. Isteri yg baru dikahwini curang, boypren mati dipecahkan kepala, laki masuk penjara. Bulan2 posa ni ape kejadahnye isteri dia buat lagu tu.. patutnya pecahkan sekali kepala dia jugak. Menyusahkan orang. PENYAMUN!!
Eiii... geram.

Your Gemstone is Amber

Creative, happy, and logical.
You shine in any intellectual endeavor
What Gemstone Are You? Take This Quiz :-)

Monday, October 24, 2005

Blues is for Monday

I had a very fulfilling weeknd at home. Balik kg, beli cat, cat umah, beli langsir lagi (menambah la ni..). Kemas umah. Masak2, ajak org makan buka posa. Pheww.. very the penats one. Tapi seronok. Time kasih pada yg beri ucap selamat sempena hari lahir. If korang dkt umah mak aku sure aku ajak buka posa skali. Tapi sebab jauh, next time u all nye besday aku ucap selamat la jugak kat hangpa no.

Hari ni pegi keje, tengok2 tayar keta aku pancit. Isk.. bab2 ni yg aku maleh. Ilang terus mood. Mujur staf tolong tukar tayar and antar ke mekanik. Mekanik tu pun senyum aje tengok aku datang. As usual, dia tau if aku datang maknanye suh masukkan angin kat tayar, cek bateri. Aku ni mmg typical pempuan yg hanya tahu drive saje. Bende2 technical pasal keta ni, aku tak reti, tak berani pun ade. Dulu masa mula2 bawak keta, nak isi minyak pun aku takut. Saspen pam minyak tu meletop if aku salah letak ke aper ke. Teruk betul. So abang aku la yg datang masa tu (kebetulan dia selalu dtg), pastikan minyak keta aku penuh. Eiiii...kalau diingat2kan balik, rasa tak macho langsung. :))

Tapi skang isi minyak dah ok.. machoooo. Drive laju2 pun dah tererrr. Tapi bab nak buka keta tu nak cek, air bateri ke, air ke.. isi angin tayar ke, jangan harap. Aku masih tak sentuh. So, PADAN MUKA aku arini, tayar tu dah give up ngan aku tahap MAXIMA. Hantar kat OK Tyres tadi suh la dia check segala2nya, kebetulan Sabtu nanti dah nak drive balik Selangor, cuti raye.

Ada masa2 yg aku rasa perlu ade lelaki disisi. Antaranya adalah utk tugas2 khas cam gini lah i.e. check condition keta (termasuk cuci keta dan sewaktu dgnnye, hehe). Diorg kan suka bab2 keta ni. So kita serahkan ajelah pada depa. Lagi satu, time aku beli groceries. Jenuh tu nak angkut beg plastik banyak2 dari parking lot naik ke umah. Ishh.. tu sume lelaki la kena buat. Kita jalan bawak handbag atau pun bawak plastik isi food je dah la kan. ( Sure kaum jantan menci kat aku baca stetmen nih. Hihi.. Selamat ari raye bang..maaf zahir batin).

Saturday, October 22, 2005

Age is a quality of mind

If u have left your dreams behind
If hope is lost, if u no longer look ahead
If your ambitious fires are dead
Then u're old

But if from life u take the best
And if in life u keep the jest
If love u hold
No matter how the years go by
No matter how the birthdays fly
U're not old.

HAPPY 30th BIRTHDAY BAN
HAPPY 30th BIRTHDAY BAN!

Thursday, October 20, 2005

Happy or sad

Some people are happy today, some are sad. Some people r gone, never ever we gonna meet them again, and some just live, just been born and maybe we gonna see them again and again in years to come. Its d rules of living, people come and go, lived and died. And we gonna remember the days when we're sooo happy or sooo sad.

Takziah to PM, Pn. Seri Endon pulang ke rahmatullah.
Tahniah to Emilin selamat melahirkan baby boy 3kg. Sure happy punya after having 2 gals.
To AH, u've never been gone. U r always here in my heart.

Tuesday, October 18, 2005

Birthday wishes tht came too soon

I guess i am lucky. I'm remembered. Even tho its too soon then d actual date. Farah, Digi, Ambank ..ekeke. Yang best Ambank lah, terus suh pi claim hadiah. Ni yang nak eksen kat kengkawan yg pakai Citibank, dia ade bagi ape2 ke masa besday, sista?? Tram tam tam tam tam.. Ambank maa..Ahakz!

Semalam lepas abis tgk It Might Be You (adeih..biler ntah this Philippines drama tht i'm stuck into ni nak abis). Tukar2 cenel, sekalinya ada 50 First Dates kat Cinemax. Tengok kejap..adeihh...kenangan membara. Helppppppppppppppp.


Aku dah link kan blog2 yg i visit and enjoy reading. Its a new thing tht i've learned, e.tho kire a bit late lah. Org dah berjaman dah link aku baru terhegeh2. Aloo kasi can ler. Dah boleh tido lena sket la memalam bila dah reti buat linking nih. Ade gak blog2 gelap yg aku tak link lagi. Nanti lah, hehe. Oh ye, aku pun dah pasang Tracker, aku dpt tau bape visitor yg dtg tgk or baca blog ni. Kepada yang di Algeria tu, thank you and selamat pulang. U dont believe tht i could really track whether u've peeked over here or not don't u? ;)

Dari semalam lagu ni bermain di otakku: Selamat tidur kekasih gelapku (Sephia..*bukan nama sebenar) .. . semoga cepat kau lupakan aku...

Monday, October 17, 2005

Good things coming

Rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari.

Confirm aku dpt attend conference di Singapore. Dapat news tadi. Mula2 just pegi nak jalan2 aje, melawat2 ikut pakej tu. Sekali disponsor participate dlm conf tu plak.. Aiyaa.. pendek la masa mrendek mrewang kat sana, tapi syok gak sbb bila lagi org nak sponsor fees ribu2 itteeww. Hiks!

Dapat kad raya (cam dulu2) dari 2 org terawal. Salah satunye peserta international conf. yg diorganize Mac lalu. Tak sangka ade org nak ingat kat aku. Nampaknye kena balas balik la ni..ishh kena carik kad la pulak.. ade kemalasan dpt didetect disitu. Bukan tak nak, tapi aku maleh gi pos opis.. tahap malas tu plak amat membahayakan sehingga ade la 2-3 bulan tak bayo bil. Boleh??

Dunia ni mmg kecik. Dalam chat Bro. Adiejin pagi tadi dah terjumpe Kak S yg merupakan ex-bos tpt keje aku ni dulu. Aku harap2 dia tak kan beritahu colleaque2 lama dia iaitu bos2 aku skang, pasal chat dan blog ni. Ya..ampuunnn!! Jika itu berlaku, maka disini lah berakhirnya Ban's life.. Huk..huk..
Tapi dalam pada itu, aku seronok melihat keajaiban yg berlaku dari kaedah blogging nih. Kenal org itu ini begitu begini. Kenal juga dengan Ckunang nih yang duk sebelah kampung aje rupernye. Ish ish.. Satu lagi yang aku pasan, rupernye ramai betul Librans dlm geng blogger. Starting with Puteri, Kak Lady, Uda sumer berbintang Libra. Mungkin ade lagi, yang i'll get to know later on.

Setiap tahun yang aku lalui disini, setiap Ramadhan, menyajikan pengalaman dan penemuan yang berbeza. Ada yang menggembirakan, tak kurang juga menyedihkan dan memilukan yang teramat. Selama 5 tahun kat sini, ade experience jumpe kawan baru, dengar berita kematian, jumpe kawan chat, dengar kawan tu dah kawin, kehilangan seseorg .. segala serba serbi lah yang memerlukan kekuatan emosi. Tahun ni, i discover blogging (not to say Blogging ajelah life aku skang ni kan) and this Ramadhan i got to know few people, got to rekindled again some friendship, got to live my life again somehow. I'm pleased of what life has to offer at this moment. Cuma aku harap biarlah panas sampai ke petang, tiada hujan ditengah hari. I wish to be happy.

"If u wish to be happy, be!" - Leo Tolstoy




Friday, October 14, 2005

Passport


"Wewwitt, Congrats man, remember G gonna be 1 person 2 luk at it dun show 2 any 1 yet k, hehe"

G bukan nama sebenar is the craziest friend i've ever got. And she's my best friend from Thai. Its been almost 10 yrs now since i knew her. And she's been pestering me to get the passport so that she can bawak me balik kampung ler. Aku lak takde paspot, so dekat nak 10 thn la dia dok ngutuk aku. Frust la tu kaedahnye, aku tk leh diajak jenjalan.
  • "Aper la, kampung btul, Org Bangla pun ade paspot tau"
  • "Ni dok hulu mana ni, paspot pun takde"
  • "Cepatla wat paspot, eiiii, susah tul nak ajak jalan"

Hampeh je kawan aku tu kan..hehe.. but i love her anyway.

So, nak dijadikan citer.. menjelang besday aku yg ke Ehemmm nih, aku berkesempatan la insyaallah nak ke 'somewhere over the rainbow' lepas rayer nanti. Maka aku pun kenalah buat paspot finallynye kan. Got it today. Pheww.. its a big deal la jugak to me yang maknye tak kasi jalan2 kuar negara selagi tak kawin nih.. (kih kih kih). My mom risau2 sket la if nak jauh2 ni kan.. but i love her sooo much for that too anyway.

When i told G abt this, she was laughing soo hard, happy la tu. She also said that i shld show it to her 1st, coz she wanna see it and BALING kat dinding, lepas geram. Tengok. Camner aku tk kata dia crazy! :))

Now, let's globe trek babe, coz i just got my ticket to indulgence.

Thursday, October 13, 2005

Lost

Some people found love, some people lost it, some after they found it wish they never had it, some fooled by it, some is testing it, some is burdened by it, some is excited over it, some is overdoing it, some is faking it, some is depriving it, some is angered by it, some is hardened by it, some is bruised by it, some is bleeding by it, some is sacrificing it, some is waiting for it, some is reaching for it, some is dreading it, some is longing for it, some is analyzing it, some is controlling it, some is controlled by it, some is talking about it, some is getting it, some is throwing it away, some is condemning it, some is worshipping it, some is cherishing it, some is suffering for it, some remembered it, some forgotten it, some cared about it, some is ignoring it, some can change for it, some damaged by it, some confused by it, some loving it, some accept it, some reject it, some is crazy by it, some lose judgement over it, some owned it, some cried coz of it.

Nothing surprises me anymore.

Wednesday, October 12, 2005

Sing me a lullaby

I couldn't sleep last nite
So i switched on the lite
I read my old diaries
As if it could take away my worries
Somehow it did
And i went to bed.

I still couldn't sleep
So i switched on the lite
Open the cupboard and tried few dresses
Looking if i've lost few inches
Maybe it could make me feel lighter
Somehow it did
And i went to bed.

Damn, again, i couldn't sleep
So i switched on the lite
Took a dress and ironed it at 2am
Wishing the task would kill the time
or make me feel sleepy

And i'll be able to doze off happily
Somehow it did
And i went to bed.

God help me, i couldn't sleep
So i switched on the lite
Found a pencil and paper to write
Hoping it'd make me feel better and less uptight
Somehow it did
And i went to bed.

Its 4am, and i'm still here
Trying to whisper your name
Feel like you're near
Kidding myself maybe you'd be in my dreams
Somehow it worked
And i went to bed, smiling...


** An insomniac's pieces of mind thru out the nite

Tuesday, October 11, 2005

Resepi nasi ayam

Original recipe. Jangan lupa buat di rumah..
Subject: Resepi Nasi Ayam Ramadhan
Selamat mencuba!


Nasi Ayam Ramadhan

Bahan2:

1 kilo jagung kering

1 periuk nasi semalam
Sedikit air
Cara membuatnya :
Gaul semua bahan hingga sebati

Lepas tu pergi ke reban ayam belakang rumah.
Kurr .... .kurr ... Kurr .......
Siap dan hidangkan kepada beberapa ekor ayam.

Hidangan untuk 20 ekor ayam & 10 ekor anak ayam.

"Selamat berpuasa... banyakkan bersabar..."


p/s jangan marah...aku pun terkena gak

Grrr..aku dpt mail ni dikala aku rasa teringin yaamats nk makan nasi ayam arini.. Grrrr.. hehe.

** teringat nasi 1/2 periuk kat umah tak abis makan dek member opis semlm. Tu la kalau dah kenyang gelak aje..
To Anis, Yati, Kak Riz: Timer acih dtg umah buke samer yesterday!

Sunday, October 09, 2005

Kerana kau kumasih disini

3.46pm. Aku baru sudah mengkhatamkan blog Bro.Adiejin. My thanks to Blogger. Kalau takde blog mau aku menguap 800x di Meja Penasihat Pembaca arinih. And blog bro. nih buat aku terketar2 tahan gelak kat situ. Tutup2 mulut, sapu2 muka takut staf nampak aku sengih sorang2 , kang ntah ape2 dipikiran dorang nanti. Ada masa aku serius je baca. Eniway, namapun Sunday, kena kerja, bulan posa, user tak ramai. Dok renung blog aje, tu yg khatam tu. Since boring yaamats, buat la quiz kaler.

Green

You are a very calm and contemplative person. Others are drawn to your peaceful, nurturing nature.

Find out your color at Quiz Me!


Cuma satu user berjaya membuat aku gelak besar2an tadi. Bukan la dia buat lawak tapi permintaan dia suh aku carik statistik ekonomi M'sia yang lain dari data yang dia dapat dari Economic Review tu buat aku gelak. Dah data tu yg ada,sahih & published, dia nak suh aku carik stat lain yg bagi data lain camne?? Cuba pikir.. Plak tu dia Hindu, maybe la words dia kot. Tapi aku sungguh2 gelakkan dia, bukan nye ape, aku nak qadha' gelak aku yg dari tadi tertahan2..hahah ..adoi. Berkali2 aku said sori to her. Then dia explain kat aku, data tu bila ditengok balik, kire camne ntah jadik RALAT. Sebab tu dia nak data yg sebenar (takkan data dari bnm.gov.my pun salah kot? hihi). So i told her, maybe it means depa ni all this while been manipulating the data la... Dia kata camne boleh jadik camtu.. boleh ke jadik camtu?. Aku jawab boleh la kot..in the Boleh Land. Sian dia jadik reason utk aku lepaskan ketawa ku dipetang yg mendung ini. Dia pun gelak sama so kire ok lah sambil cuba nak mengenaliku lebih lanjut. Mungkin aku nampak cute kot time tu hahaha..Ok lah time nak balik dah, nak menyebokkan diri di pasar Ramadhan. Selamat berbuke!

Friday, October 07, 2005

Ade ke..?


Jumpe link nih http://thebigview.com/pastlife/ di blog bro Adiejin sewaktu menyelusuri jalan cerita berlikunya itu ;) . I tried there4 i got to know tht i was this:

I don't know how you feel about it, but you were female in your last earthly incarnation.You were born somewhere in the territory of modern North Canada around the year 375.Your profession was that of a artist, magician or fortune teller.
Your brief psychological profile in your past life:Bohemian personality, mysterious, highly gifted, capable to understand ancient books. With a magician's abilities, you could have been a servant of dark forces.
The lesson that your last past life brought to your present incarnation:The timid, lonely and self-confident people are everywhere, and your task is to overcome these tendencies in yourself and then to help other people.


I was a female olright.. at least aku bukan Hercules, hiks! Tang profession tu menarik, aku mmg ade angan2, ade wish nak jadi artis.. haha (now u know), bukan artis cam Siti la or Nanu Baharuddin ke, tapi yg deal ngn arts, painting, writing dan yg sewaktu dgnnye. Sebab aku kagum ngn abilities dorang. Magician or fortune teller tu, ade gak wish jadik, especially magician coz i can make people yg i dislike disappear. Humban dalam bermuda triangle sumer.. eeeuuww kijam nya akus! (ade ke org yg aku benci sangat2?..Emm..takde.. aku tak kijam upernye). Atau pun bila aku malu, aku dissappearkan diri aku sendiri..jadik Halimunan anywhere anytime i like. Ohh.. i likeee d tots.
Bohemian personality?? Fullamak..tht sexplain y i like to wear this big ring yang look ancient agak2 bleh masuk muzium considered as lost treasure nih.
Capable to understand ancient books was my 1st ambition (tolak tepi jaman kecik2 dolu when asked sumer pakat nk jadik doktor ngan cekgu tu..). Aku minat archaeology sangat2 dulu. Nak blaja and understand Egyptian hieroglyph writings so i can undestand bila jumpe scroll2 lama dlm perut piramid or keranda mumia. Dok imagine pegi keje pakai jeans lusuh, korek2 tanah. Pastu jumpe Indiana Jones, jadik awek Indiana Jones ke.. hiks!. I like the dirty job.. hahaha.. banyakkk la kan :P. Tapi aku ikut ckp mak kan.., so disini ku berdiri ketandusan mimpi.
Servant of a dark forces .. woohoohooo... cuba la try panggil makcik kat Meja Penasihat. Ade yg aku tukar jadi buku folio kang.. haa... cube la. Ekeke.. kalau dipanggil makcik kat swimming pool kita tukar dia jadik tangga pool tu ek Kak Anis..amacam? Lol..

Ape2pun aku suka idup aku skang, aku takmo idup di tahun 375 dont know when itu. Lace bra takde, toilet ntah camne, Astro travel channel takde.....ishh just cannot do without. Utk life skang ni, ape yg kurang, try2 la upgrade kan. Nobody's life's perfect i believe. We are wht we live for. Or we live for what we are here for. So, live it!

Thursday, October 06, 2005

If only

TIME IN A BOTTLE
JIM CROCE

If I could save
Time in a bottle
The first thing that I'd like to do
Is to save every day
'Til Eternity passes away
Just to spend them with you

If I could make days last forever
If words could make wishes come true
I'd save every day like a treasure and then,
Again, I would spend them with you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do
Once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one I want to go
Through time with

If I had a box just for wishes
And dreams that had never come true
The box would be empty
Except for the memory
Of how they were answered by you



i wish i knew..

Wednesday, October 05, 2005

Chobaaan

Pagi2 tadi dah dikejutkan oleh deringan telefon yang membuatkan aku melompat dari mimpi yang nyaman. Potong stim betul, hehe..sampai skang aku takleh ingat what was it about. Wide open mata aku dibuatnye seawal 4.30am itu. Menurut nasihat, aku pun masak, simpel2 je tapi masak ler kan (air, nasi, pastu goreng telur, goreng sosej) . Lepas subuh tido balik. Big mistake, coz susaaaahhhnye nk bangun pegi kejeeee.

Hari 1 di bulan posa, arini lemah betul badan terasa. Sungguh tak bermaya. Lapar, ngantuk, letih segala. Sabar je la kan.Cam tak biasa pulak. Ni coz tk dpt pekene nescafe pepagi la ni. Addicted sudah aku.


Janji Ban:
1) esok takmo sahur makan nasi
2) lepas subuh takmo tido
3) mlm kang nak tido awal.

Tuesday, October 04, 2005

Mawi lagi dan lagi

Weeknd lepas aku di Kelantan. Majlis perasmian pelancaran nama baru lib. sana. Enjoy jugak, cuma frust sket coz tak sempat nak enjoy food yang berbagai di food court tempat parking itu (namanye tatau) sbb ade konsert Mawi lah pulak, so banyak jalan ditutup. Walaupun kami tak pegi konsert tu, peminat2 Mawi didalam rombongan itu amat la gumbira, sbb pakcik drebar tu tak sudah2 asik pasang VCD Akademi Fantasia kompilasi persembahan Mawi itu lah. Errghh..

Sampai sana, serbu pasar Khadijah. Tempat shopping paling utama. Ade makcik2 ni, yg pakat hangkut segala. Nasib baik bonus lom dapat, if not ramai yg melabur kat situ ajela gayanye. Ape nak dikata, kain batik sutera dan tudung lip lap memang memabukkan.Kena pulak ade batik sutera nama Mawi yang dilelong hancur dengan harga RM10-25. Nasib la sape yg beli sbb aku tengok bakal jadik boria satu Malaya if dipakai. Hiks!. Cuma satu, bau yang tak menyenangkan ade dimana2. Nampaknye bandar KB dah tambah comey.. occay la tu kan. At least ade la improvement sket, kedai2 bangunan baru dah banyak. Cuma tiap kali aku kesitu, i cant help but wonder, diorg tak teringat ke nak bersihkan persekitaran? Kalau lah boleh, aku nak cadangkan pada peniaga2 di pasar Khadijah tu, buat gotong royong satu hari, toksah berjual, tapi buat cleaning kawasan, agar lebih tip top udara dan pemandangan. Comey, comey doh hok luar tu, tapi hok dale buleh kasi comey lagi ambo raso.

Semalam aku cuti merehatkan urat2 yang tak selari. Best sungguh cuti hari Isnin, kena pulak cuti free. So, berjalan sudah, makan pun sudah, sampailah kita ke hari terakhir makan siang sesuka hati sesedap rasa setelah 11 bulan. Esok dah posa. So, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua, selamat menahan lapar dan dahaga & selamat berterawih. Moga mendapat berkat dariNya.