Friday, September 30, 2005

To blog or not to blog

Aku ada cadang nak stop blogging sebenonye.Ilangkan url or make it private. But sumtimes the heart has its reason, which reason knows not of. So, aku teruskan jugak sampai tak tau bila. Walau kdg2 ape yg aku tulis menampakkan ketidakkeruanannya aku ( amik ko..ayat belit lidah), ekceli selalunya i always appear to be a happy person. Dari byk segi, I am. Mungkin hasil luahan disini membantu. Bagus kan? Dariada berlagak macho, keras hati, tapi jiwa kacau. Air yg tenang jgn disangka takde biawak, ular dan boye. Hiks!

Hari ni aku on duty front desk lagi. Lega sket tak banyak user, tapiiiiii, user yang tak banyak tu adalah user yg tak paham2 ngn explanation aku walau dah beberapa kali kasi tau. Utk rekod.. ade sorang user ni call 4 kali berturut2 tanya soklan. Dah tu, refer to the sistem as Krisala.( "itu Krisala haa..dia punya rekod cakap itu Arkib. Mana itu Arkib punya tempat?") Jenuh la aku betulkan Krisal**. Isk!! Tu membuatkan aku jadik penat bercakap. Aku ni kan bak kata my bro:" bercakap macam ikut time watch". well... Tapi berbaloi gak tadi, sebab ade sorang user ni, agaknya sangat2 berterima kasih ngn explanation aku, sakan2 ucap terima kasih, ucap selamat berpuasa pada aku, (tak cukup utk aku tapi jugak ---> pada famili aku, pada kawan2 staf dalam library, pada staf library) . Serious nih tara tipu punya!... Adoiiiii, terkasima mak yeww. Julung2 kalinya dapat ucapan begitu utk kaum kerabat skali occay...nak tergelak je time tu tapi coverina la sbb user ade 2-3 lagi tunggu kat depan. Siapakah dia?? Sudah pasti lah dia seorang jantanz! Ahakz!

Pastu staf aku sowang ni mmg 'sakit' sket. Tapi dia rajin dan baik. Aku suh dia balik sebab dah nak pukul 7pm dia tak balik2 lagi buat itu dan ini yg bukan hal dia. So dia kata la ngn aku dia nak suh aku masukkan bateri dalam jam kat depan yg dah mati. Dia kata ngn muka selamber" Cik R, jam ni dah meninggal semalam..innalillah wainna ilaihi raji'un.. pada pukul 7. Ni ada bateri, sat lagi Cik R tolong masukkan pukul 7 ye, saya tak balik lagi ni sebab nak tunggu pukul 7 lah nak masukkan bateri". Aku nak tergelak dah tapi aku tahan. Staf lain yg dok tepi2 dah ketawa dah sambil kata " kenapa, nak suh baca talkin plak ke?".
Kesian dia. Org nye lurus. So semalam jam tu mati pukul 7. Dia nak tunggu pukul 7 gak utk masukkan bateri jam tu utk idupkan balik.
Macam2 hal la....kan, ekekeke.

Thursday, September 29, 2005

Bertemu lagi

Lama dah aku tak updet. Aku cuti balik kg. Selama itu hari2 yang aku lalui amat mengujakan. Dari menghadiri kenduri kahwin cousin aku yg boleh dikategorikan sebagai 'wedding of the year', menghadapi hujan ribut di kawasan sana, jumpa sanak sedara. Cuti aku memang best!Masuk opis network lak down, kene virus Trojan, dan aku lak kena pi kursus 4 hari. Yeah!

Kursus yg dilalui ni, dah lama aku idamkan. After 5 years of waiting, after 5 yrs of doing the same job which i love, dalam 4 hari ni baru lah terbuka serba sedikit hijab kerja aku. So dalam 4 hari ni, aku hyper sket, asik nyanyi + gelak + senyum. As tanya apesal aku hepi sangat, dia suspek ade ape2 yg spesel. If only she knows how difficult nk dpt hadir satu kursus .. hehe.

Kelmarin aku jadik tourist guide utk participants lain, bawak jalan2 ke Kebun Bunga then ke Nite market Bt. Feringhi. Enjoy la sesekali jalan2 kat situ. Selalu aku lepak tepi beach aje, tengok laut. Penat, sebab malam sebelumnya tolong orang sakit yang bukan sakit biasa. Sakit meracau2 tu. Sudahnya anta jugak ke spital sbb dah tatau nak wat ape. Seram pun ade. Malam tu aku ade di GH sampai kul 4.30am... pheww hari ini dalam sejarah sungguh tu coz aku sesat cari jalan balik ke GH waktu 2.45am, so sume jalan sehala aku redah, no entry pun aku masuk, cam jalan tu jalan aku. Sebelum bawak org sakit tu balik pagi tu, kami gelak sebab doktor check kot2 dia kena denggi.

Aku plan utk 'pegi jauh' tahun depan. Doakan aku berjaya melaksanakannya.

Friday, September 16, 2005

Recorder rosak

Hari Isnin ngan Selasa lepas, lagu yg asik aku nyanyikan kat mulut dan otak aku ialah :
Padi - Menanti sebuah jawapan : Aku tak bisa luluhkan hatimu, dan aku tak bisa menyentuh cintamu..
Rabu: Blower's daughter: can't take my eyes off u..can't take my eyes off u..
Khamis: Hijrah. Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan ...
Motif??
Tolongggg.. cam kaset rosak la pulak dlm kepala otak aku kan, takleh nak stop, ulang ulang. Lagu Hijrah tu Kak Anis la punye pasal. ;) So hari ni aku dengar muzik sentimental Koleksi Tarian Muzik Malaysia to clear my mind. Tak ada lirik punyer..hehehe.

Tadi aku dengan peliknya kuar bilik and comment "ni sape tutup lampu nih?". Coz tetiba je opis aku jadik gelap dan keadaan senyap sunyi. "12.15 la Friday arini oii ." Oppss.. makcik luper hari yeww. Makcik energetic buat kejer arini, tak ingat dah hari Jemaat, ingat baru Rabu ke.. thehee.. Mungkin sonok sebab baca paper Utusan arini kata yg kemungkinan k/tgn gomen bakal dpt bonus 2 bulan gaji kot. Best, best..
MATTA Fair pls come to Penang! Ade org nak booking pegi Cambodia nih.

Kelmarin terdengar perbualan staf pasal nak beli keta. Downpayment blah blah..

" .Bla bla bla bla ..ratus tu. Ala.. keta Samy Vellu tu la."
"Keta Samy Vellu?? Keta apa?"
"Savvy"

Kagum aku ngn kekreatifan otak dorang nih. Aku tergelak sowang2 depan pc.

Have a nice weekend everybadan!

Thursday, September 15, 2005

Jauh lagi perjalanan ini

Kak Anis ajak aku apply keje (librarian/ archives) kat Dubai. Kalau tengok kat web tu cam best je la, nak pegi la kan. Bila pikirkan mak aku.. rasa tak patut pulak. Yang seharusnya aku balik keje KL aje, dekat ngan dia. Bukan pegi lebih jauh. Aku tatau la. Kadang2 aku sendiri tak dapat nak tafsirkan ape yang aku rasa. Seolah2 pegi ke Dubai dapat menghilangkan segala rasa pahit, kelat dan masam hidup disini sebegini. Satu escapism. Lari dari diri sendiri. Kat sini aku rasa i have to strive to be happy. But everybody have to do the same kan, strive to be happy?? Mungkin salah aku jugak, layan sangat emosi nih.
Hmm..actually aku bukan tak happy. Kalau dihitung balik segala pengalaman, achievements & new discoveries yang aku dah buat sepanjang 5 thn disini, i would say i did well. Cuma duit banyak je aku belum dapat. Tapi aku bosan benonye. Mungkin aku yg harus tukar gaya hidup, cara aku abiskan masa. Aku patut cuba tu. Discipline kan diri follow my new order. Contohnya cam makan ubat diet religiously, baru la nampak kesannya turun bape kilo kan? Now in my case, do other activities and see if i feel ok & not depressive. If takde perubahan then baru pikir Plan B = berpindah ke KL. Or Plan C = cari Bangla*, kawin. Plan D = Dubai city here i come..
Atau pun Plan D = didahulu kan??? Sabar aje la ngn aku ni.. Libra mmg susah nak buat keputusan.

rbjm04: kawan aku ajak apply ke dubai.
hiddendragonleen: (muka terkejutz)
hiddendragonleen: meraung la mak kau
rbjm04: tu la pasal
hiddendragonleen: kawin ngan org arab la kau
rbjm04: tak mau
rbjm04: aku tak mau foreigner
hiddendragonleen: dah tu kau ingat boleh survive ke kat dubai tu single mingle?
rbjm04: tak leh ek? (jeling)
hiddendragonleen:(jelir lidah)
hiddendragonleen: hari2 pak arab ajak kau kawin nanti
hiddendragonleen: (gelak beso)
rbjm04: (gelak beso jugak)
hiddendragonleen: dah la kau tu ada ciri2 kearaban
rbjm04: boleh aku tulis dalam blog "Perbandingan Statistik Bilangan Orang Ajak Ban Kawin, di Malaysia dan Dubai. Satu perbincangan"
hiddendragonleen: muahahaha


Parents rarely let go of their children, so children let go of them. They move on. They move away. The moments tht used to define them, a mother's approval, a father's nod are covered by moments of their own accomplishments. (Mitch Albom, The five people you meet in heaven)
* Subject to change

Wednesday, September 14, 2005

Ringkasan karangan

This is from a friend.

Men are hard to please
Masalah dengan lelaki ialah:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD.
If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
If u Don't, he says u are from KAMPUNG.
If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.
If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.
If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)
If u don't make love with him., he says u don't Love him;
If u do!! he says u are CHEAP.
If u tell him your PROBLEM, he says u are TROBLESOME;
If u don't, he says that u don't TRUST him.
If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.
If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.
If u SMOKE, u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMENT.
If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;
If he does WELL, it's BRAINS.
If u HURT him, u are CRUEL;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!& sooo hard to please!!!!!
If u send this to guys, they will swear that it's not true.......
but if u don't, they say u are selfish.....


Kiahkroft tambah sket lagi:
If you go out and asked him to PAY, he says you are 'pisau cukur'
If you don't, they know you have more money than him.
If you go out with him and you PAY, he says he can 'makan' you
If you don't, he says you're stingy and you don't love him


:)

Tuesday, September 13, 2005

Tempat jatuh lagikan dikenang

If i were to describe the best place that i remember from childhood, i would choose belakang umah mak aku. Tempat tu menyaksikan seribu kenangan zaman kanak2 aku. Banyak masa aku abiskan disitu. Yang aku ingat, abah buat umah kat tepi jalan tu masa aku nk masuk darjah 1. Masa cuti panjang bulan 12 tu, part paling akhir nak siapkan ialah tebingkan tanah kat belakang umah. Masa abah dan abang2 aku tengah sibuk2 susun bata dan simenkan, aku masa tu nak ke KL ikut makcik aku. Aku ingat lagi time tu, abah tengah berpeluh2 tapi masa aku salam dia sebelum pegi dia senyum dan peluk aku.

Lepas tebing tu siap, rumah aku yg tinggi sikit dipisahkan dengan umah org bawah yang mempunyai kawasan lapang dan redup. Dah nama pun budak2, tebing tu jadi tempat kami beradu sape berani lompat, tempat lepak sambil juntai kaki cari idea nak main ape pulak dan tempat duduk pengadil dan sape2 yg kalah bila kami main ape2. Tuan punya umah belakang yg redup tu adalah seorang pempuan tua cina yang bongkok cam nenek kebayan dan tinggal seorang. Nama dia kami tatau, tapi kami panggil dia 'Budi', dalam bhs aku = org tua. Dia ni kadang2 baik, kasi kami main2 kat kawasan lapang tepi tebing tu, kadang2 angin satu badan sebab kami bising dan dia akan halau. Selalunya kami akan lari bila dia dah start keluar nak kejar ngan tongkat dia. Ada hari2 mood dia baik, dia suh kami tolong isikan benang dlm jarum utk dia jahit baju, pas tu dia upah la biskut ke aper. Yang bestnye, dia ni walau dh tua, kuat ya amat, dia boleh sapu laman dia tu kasi bersih hari2. Tu yg syok main tu :D. Lagi satu kat situ redup pasal byk pokok rambutan dia. Dan bila tiba musim rambutan, meriah lah kami rasa, tapi time tu jugak lah dia selalu marah. Dia kedekut orgnya dan selalu ingat kami akan curi buah rambutan dia. Kalau dia dah start kejar "mana mau lali, mana mau lali" (lari) kitaorg mmg tak cukup tanah dibuatnya. Sumtimes kami amik hati dia, tolong sapu lagi laman umah dia. Ada sebab la tu kan...

Kwsn tu jadi port kami, lebih2 lagi time cuti sekolah. Meriahnya tatau nak kata, mmg jadi tumpuan. Kat situ, segala jenis permainan kami dah juarai. Teng-teng, galah panjang, kala kondi, baling selipar, main basikal, main bola, main badminton, main hoki, main sepak takraw, main nyorok2, main combat senapang dari kayu pelurunya buah terung kecik2. Semua lah aku main. Tak hengat dunia. Masa tu mmg ingat main aje. Teddy bear ke Barbie dols ke tak masuk list la kan.. Kiri kanan umah aku ade jiran2 yang anak2 dorang time tu pun baya aku aje. Aku ngn abang aku, jiran belah kiri kawan aku ngn cousin dia, jiran belah kanan kawan aku ngn abang dia. Kat kawasan belakang tu jugak la kami main hujan, main sampai senja tak ingat balik until kena panggil dengan rotan, kami bergaduh pastu ok balik, abg aku tolak aku dari atas tebing sampai terkehel siku dan 1 1/2 hari aku tak bercakap ngn dia ( pastu dia cuba2 nk baik ngn aku pasal sunyi), kami menyakat Budi, kami panjat pokok, ada yang luka kaki dan kepala dan macam2 lagi la.

Sekarang ni bila balik, kalau bukak citer lama depan anak2 sedara pasal our playground kat belakang umah tu, dia org terlopong je sambil senyum2. Sure diorg tak leh bayangkan how crazy we were dulu and how free and fun. Ye lah skang aku tengok budak2 ni cam takde bende sangat nak dibuat, cam tatau nak main games ape. Pastu mak bapak diorg pun cam takut2 aje, if budak2 tu main sakan2 or pegi jauh sikit. Kadang tu aku pun sama risau, takut jadi ape2 kat depa. Padahal dulu, games yg we played ade yg boleh membahayakan diri, even jauh dari rumah sumtimes. Budak2 skang ni tak adventurous lansung hehehe.

Now, keadaan belakang umah tu dah lama sunyi. Sejak kami sumer masuk sekolah menengah dan lepas Budi mati masa aku Form 3 or 4. Takde dah budak2 lepas generasi kami yang main kat situ. So mmg tpt tu we can claim as ours. Kawan2 aku dulu pun dah merata2 skang ni, dah pindah, dah kawin, menjalani suka duka idup masing2, tapi aku rasa if dorang pandang belakang tu sure diorg ingat, it used to be our playground. If aku balik, sesekali turun jugak tebas2 semak belakang tu. Nanti ade lah jiran2 melaung "org jauh balik menebas ke?". Aku sengih aje lah. Aku tak segan, aku sayang. Tempat jatuh lagikan dikenang...

Monday, September 12, 2005

Rayhan Izzati

Malam tadi dlm Bulletin Utama tunjuk pasal 3 org anak2 Acheh yg dibawa ke M'sia utk diberikan rawatan perubatan. Sorang pasal terbakar dari muka ke leher. Sorang lagi pasal sakit jantung, nama dia Rayhan Izzati dan sorang lagi masih baby, aku tak ingat dah dia sakit ape. Kalau diperhatikan sejak dari Tsunami, kebanyakan anak2 Acheh yang diinterview, cara they ol jawap soklan nampak matang dan teratur. Selalu buat aku kagum, macam bukan budak2 yg jawap. Camtu lah mlm tadi bila Rayhan Izzati answering question, muka nya manis, kata2 dia teratur. Nama dia sedap. Aku terberkenan.

Masa baca 2 buku yang lepas,
Da Vinci Code dan Are you afraid of the dark, penuh dengan rasa suspense. Otak pun cam detective aje. Bila baca The five people you meet in heaven, rasa sayu, sedih dan penuh emosi. I said no to Ros dan tak pegi ke konsert Mawi kat tapak pesta Sg. Nibong so aku dapat abiskan baca buku tu last Saturday nite. That nite i spent crying my eyes off, bila dah sedih tu semua bende sedih la aku ingat. Last nite lain pulak kisahnya, i laughed my head off baca buku The curious incident of the dog in the night-time. Bukanlah aku gelakkan budak autism yg tukang cerita tu. Tapi mmg lawak lah the way its written. Selamber aje..
Kerana dah gelak2 sowang2 baca buku tu, mood aku pun jadi cam ada Four red cars in a row lah jugak (refer buku The curious accident tu if nak tau) . After the rain the sun will shine again. What i feel last nite till today is really a blessing. I'm so happy. And i hope this happy mood stays.

Sunday, September 11, 2005

Brain pattern

Takde keje la ni kan..

Eh, today is September 11. Reminded me of the bombing. But now they r bz with Katrina. Hmm.. what the world has come into?

Your Brain's Pattern
Your mind is a firestorm - full of intensity and drama.Your thoughts may seem scattered to you most of the time...But they often seem strong and passionate to those around you.You are a natural influencer. The thoughts you share are very powerful and persuading.
What Pattern Is Your Brain?

Saturday, September 10, 2005

Janji mu apa..Jon?

Semalam waktu seminar SKI, aku dpt tau ade org yg tak sepatutnya tau aku menulis blog sudah tau urlnya. Sementelah mmg aku present topic on Weblogging, maka soklan yg aku dpt pun sure la cepumas "u ada blog tak?". Librarian ni kan bagus searching skills dia, so aku pun kelam kabut tukar url dan title blog. I'll sure miss my old title. Semalam aku letak dulu tajuk temporary 'Banaria's world' sementara menunggu title sesuai. Dan malam semalam sorang lagi yg aku tak mau dia tau aku tulis blog telah pun tahu tentang ini secara paksa-rela i.e. aku rela memberitahu aku tulis blog, dia secara paksa telah dapat tahu url blog aku. Hehehe. Masa tu aku punya segan, rasa cam nak masuk bawah tilam.

Member2 ade bagi cadangan few title yang patut diconsider diamik sebagai title blog aku yg baru. Aku rasa nak buka pertandingan. Bukan Bloggers Idol ye adek2. Pertandingan memberi tajuk blog utk aku. Tuan yg bagi tajuk terpilih akan dibelanja kat Nasi Kandar Kayu , :D. Tak sure la akan ade yg terpilih atau tidak.

Semalam aku terima dua pencalonan:

  1. Andai hidup umpama sloth (Lol!)
  2. Life's a bitch / beach ??

So, aku masih mengalu2kan penyertaan. Sila kan.

Last nite, gi tengok Janji Joni. First time aku tgk citer Indon kat panggung. Cuma ade 5 org aje yg tengok semalam. Tapi cerita tu best bagi aku. Simple tapi lawak. Realiti hidup sehari2 dan kepelbagaian karektor orang. I had a good laugh. Lately mmg filem Indon hangat diperkatakan. Bila tengok Ada Apa Dengan Cinta di VCD aku tak paham langsung. Dan sahih lah mmg citer tu utk budak2. Tapi yg ini, aku suka dan senang paham, skrip dia pun bagus, ('kebulshitan'..where did tht come from..lol). Kepada teman2 gue, terima kasih kerna ngajakin gue dong. Ya filemnya memang enak dan aktornya ganteng banget. Lain kali diajakin juga mungkin gue nggak nolak. Gue kae suka juga nonton di bioskop. Hehe..

Wednesday, September 07, 2005

Hati seorang perempuan

Semalam aku keje petang, front desk. Buzy yaamat, tak henti2 peminat datang bertanya itu ini. Naik rimas. Tapi nak buat cam ner kan, keje front desk ni mmg wajib. Semalam kawan2 ade 2 org aje la dtg bertandang, tak cam selalu, memeriahkan suasana kat situ, maybe sebab tgk bz sangat. Ada lah sowang nih yang datang dan tanya aku, bila nak kawin or tunang. Aik, bila pulak aku buat stetmen utk buat kedua2 bende tu? Ish..ish..tak masuk book lagi tu. Kalau tak silap pemahaman aku yg selalu dapat A dulu, dia cam nak rekomen la seseorang. (kot?). Dia tanya, nak yang kaya raya? Aku sambung hensem bergaya, bijak pandai segala.. Abis, dah orang tanya kan. Nak tau sangat list aku :D? Hmmm..
Tadi plak sowang kawan agak veteran ni called. Pun tanya soklan yang sama. If aku tak kawin2 dalam 3 thn ni, kata dia kawin aje lah ngan dia. Jadi la no. 3 dia. Amboiiiiiiiiiii... senang tu. Kalau aku setakat nk dpt title 'berkahwin' boley la kan.. Isk!

Susah jadi pempuan ni kan. Especially bila sumer rakan sebaya dah selamat sejahtera diatas takhta. Mula la org mula kenen kat kita. Stress aku dibuatnye kadang2 tu. Who knows ourselves better than us? Tapi, sure diorg rasa diorg lebih tau, ye la kan..dah byk makan garam gitu. Aku lak makan cheese aje. Masa ni mula la org pandang, tang mana yang tak kena. Kot badan agak besar sket, org suh la diet. Kot muka tak licin sket, org suh la pakai BML la, Nouvelles Visage la, SKII la bagai kan. Kot kurang bergaya, org suh tukar cara pakai tudung ke, ala2 Wardina ke, ala2 Bienda ke. Kot tak reti bersosial, bacalah majalah2 Dara.com ke, Cleo ke, Maskulin ke, utk lebih reti tatacara bersama the opposite sex. Tapi, benarkah kerana semua itu maka seseorang itu masih menyendirikan dirinya?? Benarkah dengan lebih cantik, slim, pandai bergaya, pandai bersosial maka itulah tiket mendapat jodoh?? Mungkin ye mungkin tidak.

Aku rasa pulak, selagi kita masih belum sampai ajal maknanye masih hidup. Dan selagi belum sampai jodoh maknanye masih single. Simple kan.. just live life. Agi idup agi ngelaban. Hidup ini satu perjuangan. Lagipun aku pernah la baca sekali tu, horoscope aku kata, aku nih susah nak menemui cinta, tapi akhirnya akan bertemu juga cinta sejati. Wah .. bukan lah nak percaya kan.. if u know what i mean. But i guess, sumtimes, sumthings are worth waiting for.

Sunday, September 04, 2005

Sabtu yg indah


Seperti yang dijanjikan, Projek Aruba ngn Ayu telah berlangsung semalam dalam suasana mengenyangkan, ceria, penuh gelak ketawa, jiwang karat dan aman damai.
Awal2 pagi dah kuar breakfast. Ni la gaya org nak hiking kan (jeling manjer kat Ayu), breakfast nya nasi lemak kawww punye ye noks. Pastu drive ke destinasi ditemani ngn lagu Alleycats. Tak tau la nak kata but i found out banyak betul taste aku yg sama ngan Ayu. Givin' me goose bump kadang2 sebab asek sama daa. Eniway, sampai sana, jalan masuk dalam, tak sangka pulak itu lah tempatnya yang dinamakan Taman Negara Pulau Pinang. Wah! aku pun tatau Penang ada taman negara. Terjaga la tempatnya kan, jgn harap lah nak buat aktiviti Tupah kat situ, sebab pakcik2 yang menjaganya rajin meronda. Hehe. Motif??

So pendakian bermula dengan penuh semangat. Tapi, kesilapan teknikal telah berlaku. Ini kerana sarapan nasi lemak tu telah memakan diri. Maka semput lah kami. Salahkan nasi lemak occay! So, aktiviti posing maut lah mengambil alih. Pikir nak amik boat ajer ke pantai Kerachut tapi sebab mahal harganya we all balik dan lepak kat tepi Shangri La Golden Sands. I got my foot massaged by Moni. Ahh..lega rasanye. Rupanye kat situ la tpt utk buat aktiviti pantai, cam paragliding, naik kuda, jet skiing - sumer leh disewa kat situ. Aku cuma sempat tanya harga paragliding saje iaitu RM50 sekali naik & foot massage RM30. Walaupun tuan bawak kuda ada lah offer kami naik dalam 9 kali, tapi kami tak teruja plak nak naik kuda semlm dan lupa lak nak tanya bape inggit.

Pastu balik and had lunch at Ayu's apartment. Then drive ke home sweet home dan petang diisi dengan sessi tido. Dah bangun, boring pulak, sebab takde sape call, dan sms. Sunyi nya. Oh ye ada satu sms. So, i continue reading The Five People You Meet in Heaven sampai terlelap lagi.


So, since Aruba dah lepas, mungkin lepas ni akan ada aktiviti Jamaica, Keylargo dan Montego plak bakal menyusul jika sempat. ;) . Apa2 pun it was a beautiful day and i think we enjoyed every minute of it.

Friday, September 02, 2005

Kau pergi jua

Aku dpt news semalam dari Sail. Sis Su leave offline msg saying Chal dah passed away last Friday 3 am. I was supposed to meet him on Thursday tu but couldnt. Met Sail on Saturday and talked abt him. Dia dah tak ada masa tu rupanya.
It was expected though. Dia dah kritikal sangat dan dun wanna go for treatment lagi. Cuma terkilan, tak dpt jumpa. But i guess, if dapat jumpa pun, sure gonna be difficult for us, in a way, lebih sedih teringatkan dia.
Tiada lagi org yang akan panggil aku Bambina or honey bunny. Tak ada lagi kwn yg baik, understanding dan pendengar yg setia dan non judgmental macam dia. Tak ada lagi Chef Chal yang bagi resepi sedap macaroni dan cheesy cheeks. Tak ada lagi Chal on 3. Tak ada lagi Freeway AF. Tak ada lagi Amir Feisal...he's free now.
Allah lebih sayangkan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.

Thursday, September 01, 2005

Urut

rbjm04: tau tak mlm merdeka tu i tido silap bantal
ayumagic: haaaa
rbjm04: kekek sakit je tengkuk belah kiri ni
ayumagic: apahal pulakkk...senaman ke?
rbjm04: tak la
rbjm04: tido gaya merdeka
ayumagic: jenuh la nak tuka gear leher tu
ayumagic: wakakakakakak
ayumagic: gilakk

Aku sakit tengkuk. Asal nak toleh aje..adeih..asal terlupa toleh aje..adoiii. Tu je la keje 2 hari ni. Seksa sungguh. Kawan aku kata kena urut. Mana plak aku nak carik tukang urut kat Penang nih kan. Dah la aku ni jenis pemalu utk tidak berpakaian lengkap depan tukang urut nih. Sungguh. Selalu ape2 hal aku suh akak aku je urut. Tu pun susah yamatz rasanya. Tapi syukur dia pandai. If not .. ishh tatau la.

Memang aku cuak nak urut ngan orang lain. Setakat terkehel tangan ke jari ke boleh la lagi. Kalau anything about badan..mintak maap. Banyak yg aku dengar pasal bidan/tukang urut yg buat aku seriau. Kawan aku penah kena, nak urut badan, makcik tu suh dia tanggalkan baju semua sekali. Ya, semua. Pastu dia urut la sambil mulut pot pet pot pet citer hal org. Orang tu perut gini, banyak air la, ape bende mak alah ntah la.. luar dalam sumer dia story mory. Kawan aku lak being a foreigner dan dah sakit, dia ikut je la ape makcik tu suh dan dengar aje la citer. Lepas tu tobat dia takmo ber urut lagi. Sian aku ngan dia.
Pastu anak sedara aku plak, suh urut betulkan peranakan sebab nak anak. Ntah makcik bidan tu pekak ke aper, dia terbalikkan peranakan, ingat tak nak anak. Tak ke satu hal member tu dah bertahun ni projek tak menjadi.

So dengan alasan munasabah lagi jitu, lepas ni aku akan pegi carik Yoko yoko aje la nampaknye.