Monday, January 08, 2007

c-l-o-s-i-n-g

Aku akan tutup blog ni.
Mungkin pindah ke tempat lain.

Dalam dunia siber ini, jejakku mungkin bertapak.
Kita bakal jumpa lagi.

Friday, December 29, 2006

Ban's life 2006

Pejam celik pejam celik tahun 2006 pun dah sampai ke hujungnya.
Aku tak ada buat azam utk tahun 2006. Hujung 2005, aku cuma fikir begini : apa tahun pun yang datang kita buatlah yang terbaik utk diri kita. Dan alhamdulillah.. Walau tanpa azam yang gah2, aku rasa aku berjaya melalui 2006 dengan bergaya. hohoh..

Banyak pengalaman2 baru yang aku tempuh. Yang manis akan sentiasa dalam ingatan. Yang pahit jadikan pedoman. Ada perkara yang tak disangka berlaku, terjadi pada tahun ni. Umpamanya, dpt banyak assignments dan out stations, dpt pegi Umrah dengan famili, diperkenalkan dengan Dia (yang aku cuba elak2) dan sebelum tahun ni habis dah jadi tunang Dia. Aku rasa.. Allah Maha Mengetahui. Allah bagi aku apa yang aku boleh handle pada masa yang sesuai dan aku sangat bersyukur.

So, utk tahun 2007, seperti tahun2 yang sebelumnya, aku takde azam apa2. I'll leave it to God. Aku cuba buat yang terdaya dan terbaik, berdoa dan tawakal semoga semuanya akan baik2 belaka.

Selamat tinggal 2006. Selamat datang 2007.
Selamat Hari Raya AidilAdha
&
Selamat Tahun Baru.

Wednesday, December 13, 2006

Tawar

Kak Cafe : Lama tak datang
Aku: A'ah.

Hari itu aku pegi juga cafe dia. Yang membuat aku ambil keputusan utk tidak pergi lagi utk beberapa ketika.
Macam mana nak pegi kalau kau order Nescafe ais, yang kau dapat air tawar Nescafe ais. Sekali sedut muka kau pun kelat macam tertelan Nescafe 2 sudu. Susu tak ada rasa. Manis takde rasa. Harga tetaaaapp la RM1.

Banyak kali aku terasa nak masuk ke dapur dia time dia bancuh air nescafe aku. Nak amik sudu, rasa dulu then baru suh dia bungkus jika rasanya cukup "Kaw". Melampau bunyinya kan. But, hey.. i'm paying. Kalau rasa cam ais kosong, baik aku minum air kosong.

Andainya aku memiliki sebuah cafe, hmm...

Takpe la.. sekarang aku tak perlu pegi cafe dia lagi pun untuk minum pagi. Aku minum kat umah. Aku buat sendiri. Kopi Pearl Kacip Patimah lagiiiiii.....

Thursday, December 07, 2006

Hapdet

Orang biasa suh hapdet.
Bukan aku taknak hapdet.
Tapi kebizian menghambat.
Dah 1 week server sini ' ting tong' semacam.
Jawab komen pada entri lepas pun hilang, penat aku type..buat lawak antarabangsa, kampung, pekan sume.
Pulak tu, hari ni aku dpt 2 keje baru.

Aku bukan orang Penang, tapi kena urus pasukan boria untuk pertandingan.
Aku bukan cheer-leader punya type, tapi disuh jadi pengurus pasukan sorak.
Aku nak cuti, tapi dah tak boleh menyelit kat mana2 hari pun.
Aku nak balik KL, tapi aku tak boleh cuti.
Aku banyak keje, tapi aku banyak meeting.
Aku kena stay back, tapi menjelang petang aku dah boring.
Aku pening. Aku tensi.
Aku belum siapkan BENDA itu lagi.

Sekian.

Monday, November 27, 2006

Tuah badan

Tepuk dahi. Panik sekejap.
Bertuah badan.. satu tahun memandu tanpa lesen tapi tak kena tahan.

No.KP:
Nama:
Tempoh: 17/11/2004 - 16/11/2005


Aku dah renew dah tadi. Aku perasan lesen mati sejak last week lagi.
Testing my luck eh..
Hohohoh..

Monday, November 20, 2006

Tagged ( belated)

I was tagged by Titicaca bulan Oktober aritu. So, here goes.

5 bende aku akan buat jika aku seorang jutawan:

  • buat umah baru utk mak, beli perabot cun2, tilam mesti power, cadar cantik2, kabinet dapur yg cun, orang gaji 3-4 orang, bawak pegi Haji & umrah. Pendek kata, anything for momma lah..
  • pegi Haji bwk adik beradik sume skali
  • Beli umah idaman
  • Beli umah kedai, kasi sewa kat kedai2 Nasi Kandar.. gerenti masyukk heheh
  • Shop & travel
  • majlis kawin grand (lol)

5 tabiat buruk:

  • procrastinate
  • duk melengung pikir banyak
  • naik angin esp. time bawak keta
  • tak cuci muka b4 tido (..rasa cam artis plak stetmen nih)
  • malas excercise

5 bende aku tak suka buat:

  • doing things when my heart dont feel like doing it
  • sitting for exams
  • waitingggg
  • amik and type minit mesyuarat
  • pegi bayar bil

5 bende aku tak akan buat:

  • naik roller coaster
  • wrestling
  • drinking and driving
  • pergi tanpa pesan (bab ajal tak masuk la)
  • bungee jumping

5 bende aku nyesal buat:

  • abiskan duit
  • my 1st degree
  • tak pegi 1 interview di KL masa mula2 keje di Png dulu
  • kecikkan/sakitkan ati sape2
  • ikut hati

5 bende yg aku suka:

  • keta aku
  • tempe
  • nescafe
  • selipar merah aku
  • beg balik kg aku

5 org nak suh buat bende ni:

  • jika anda org yg suka nak susah2kan diri, takde keje, bosan, dan ingin berfikir tentang diri anda secara mendalam, anda la org yg saya cari..

;)

Monday, November 13, 2006

Superwoman

Buzy. Tak kira la kau pulun cam mana pun buat kerja sepanjang tahun sebab tak nak 'cramp' bila dihujung. Tapi sampai je hujung tahun..cam tahun2 yg sebelumnya, mesti ade lagi kerja nak dibuat. Masa tu la nak buat dinner utk majlis yang dah lepas setahun, masa tu la nak buat majlis perpisahan, masa itu la laporan akhir tahun kena disiapkan utk big meeting, masa tu la nak di Audit, masa itulah kau tengok cuti byk lagi dan kau nak abiskan, masa tu lah org nak bertunang/kawin ..

So, kalau masih ade masa nak update blog..memang la kau superman/superwoman. Pagi ni, aku rasa cam superwoman .. therefore my blog is updated.